<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7590829986231340893\x26blogName\x3dAlam+Sekitar\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://alamsekitar-eongirls2010.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttps://alamsekitar-eongirls2010.blogspot.com/\x26vt\x3d-992567134041458196', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR
Wednesday, August 4, 2010

Alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberi kita satu suasana yang selesa dan menyeman. Di samping memberi keselesaan kepada manusia,ia juga menjejaskan aktiviti pembangunan negara sekira kita tidak menjaga alam sekitar dengan baik.


Ekosistem Yang Stabil
Ekosistem adalah satu cabang kajian dalam ekologi. Di mana ia merupakan satu proses interaksi antara
benda-benda hidup dengan benda-benda bukan hidup dalam alam sekitar. Kajian ini berhubung kait mengenai interaksi antara benda hidup dengan persekitarannya. Sebuah ekosistem boleh berskala kecil seperti sebuah kolam atau berskala besar seperti kawasan hutan hujan tropika. Sesebuah ekosistem terdiri daripada dua komponen, iaitu komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik mengandungi organisma hidup seperti tumbuh-tumbuhan, haiw
an dan manusia. Sementara abiotik meliputi persekitaran fizikal seperti bentuk muka bumi, batuan, tanah, air, udara, mineral dan sumber tenaga suria. Tumbuh-tumbuhan saling berinteraksi dengan unsur-unsur lain dalam komponen biotik dan abiotik. Keadaan tersebut dapat mewujudkan satu persekitaran yang seimbang. Keadaan persekitaran yang seimbang dapat menjamin kesejahteraan alam sekeliling dan manusia.Melalui proses fotosintesis, tumbuh-tumbuhan menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen. Keadaan ini membantu meningkatkan kualiti udara. Daun dan ranting pokok yang gugur akan diuraikan oleh pengurai seperti bakteria, serangga, dan kulat. Proses pereputan akan mengembalikan nutrien ke dalam tanah dan seterusnya menyuburkan tanah. Kesuburan tanah dapat membantu manusia dalam bidang pertanian. Selain itu, tumbuh-tumbuhan hijau juga membekalkan sumber tenaga kepada manusia dan haiwan yang memakannya. Maka alam sekitar adalah penting untuk membentuk ekosistem yang seimbang.

Eko-Pelancongan
Apakah faktor yang mendorong pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan? Sering dengan persoalan yang dibangkitkan, faktornya adalah keindahan alam sekitar yang melatari bumi bertuah ini. Kedudukan Malaysia yang terletak pada garisan khatulistiwa telah memungkinkan pertumbuhan flora yang beraneka spesies dan keunikan tersendiri seperti bunga terbesar di dunia iaitu bunga Rafflesia.

Di Malaysia, Taman Negara Niah,Taman Negara Bako dan hutan simpanan sering menjadi tumpuan para pelancong dan penyelidik sama ada dalam mahupun luar negara. Para pelancong ini datang adalah untuk melihat dan menikmati keindahan alam semula jadi yang banyak terdapat di negara kita dan seterusnya mencari ketenangan setelah penat bekerja. Pelancong akan merasa damai dan tenang apabila berada dalam panorama hijau yang menyejukkan mata. Melalui aktiviti pelancongan,negara kita dapat menambahkan sumber kewangan untuk kegunaan pembangunan negara. Maka, jelaslah alam sekitar penting kepada kita untuk menjadikannya sebagai satu tarikan pelacong negara kita.


Taman Negara Niah

Gua Niah terletak lebih kurang 400 km di sepanjang pantai ke utara bandar Kuching terselindung di sebalik hutan tebal Miri. Taman negara ini merangkumi kawasan seluas 3,140 hektar yang merangkumi paya gambut, hutan, dan pembentukan rabung batu kapur. Gua Niah terdiri daripada sebuah gua yang besar (dipanggil Gua Besar) dan beberapa buah gua kecil yang lain.

Taman Negara Bako

Taman negara yang tertua di Sarawak ini merangkumi kawasan seluas 27 km persegi terletak kira-kira 37 km dari bandaraya Kuching.Taman negara ini terkenal dengan persekitaran semulajadi yang mempesona, habitat, tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.Tarikan utama di sini ialah teluknya yang terlindung serta tanjung berbatu dengan tebing curam yang mengagumkan berhadapan dengan Laut China Selatan.

Hutan Simpan Ulu Muda

Hutan Simpan Ulu Muda merangkumi kawasan seluas 100,000 hektar di sekitar kawasan hutan Ulu Muda.Hutan simpan ini kaya dengan hidupan flora dan fauna, dengan lebih 100 spesies mamalia dan 50 spesies reptilia.Hutan hujan tropika ini juga menempatkan kawasan penempatan air yang menjadi tumpuan hidupan liar, yang turut menyeberangi kawasan hutan di Thailand.

Kesihatan Manusia Terjamin

Bermula dari keperluan asas manusia,laut membekalkan pelbagai jenis sumber makanan yang berkhasiat kepada kita. Ia mengandungi ikan,sotong,udang,rumpai laut dan lain-lain. Semua hidupan akuatik ini boleh dijadikan makanan penting bagi manusia. Kandungan sumber protein dan vitamin-vitamin daripada hasil laut diperlukan untuk tumbuhbesaran kanak-kanak dan kesihatan manusia. Air minuman juga penting kepada kita untuk menjalani kehidupan sihat kerana bekalan air yang bersih adalah untuk tujuan menampung keperluan harian kita.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara.



Rumpai laut digunakan secara extensif sebagai makanan oleh orang-orang laut, terutamanya di Asia Timur. Di Asia, ia akan dikering dan digunakan dalam sup atau untuk membalut sushi.

Aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api telah melepaskan karbon dioksida dan gas "rumah hijau" ke udara. Hasilnya, kehangatan cahaya matahari kini terperangkap di atmosfera bumi dan menjejaskan kesihatan manusia serta mengubah cara penyakit berjangkit menular. Oleh itu, jika alam sekitar dipelihara dan dijaga dengan baik, kesihatan manusia terjamin dan tidak mudah menjangkit penyakit.


Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Serta Perubatan

Sememangnya R&D serta sumber ubat-ubatan boleh didapati daripada alam sekitar seperti laut dan tumbuh-tumbuhan. Misalnya, terumbu karang merupakan sejenis kehidupan akuatik yang sangat peka dan hanya boleh hidup dalam air bersuhu 18 - 30 darjah celsius, didapati mempunyai nilai perubatan. Cerosin A adalah sesuatu unsur yang dijumpai dalam laut dan dapat merawat kanser prostat yang dihadapi oleh kaum lelaki.

Terumbu karang dipercayai dapat dijadikan ubat untuk melawan penyakit Barah.

Sesetengah tumbuhan juga akan membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam mengatasi pelbagai jenis penyakit. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang,mengubati cirit-birit dan memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit pokok Tumu biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka dan cecair dari buah pokok Perapat juga boleh digunakan pendarahan akibat dari buasir.

Pokok Rhizophora

Taman botani adalah merupakan sebuah muzium tumbuhan hidup yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan hidup yang ditanam bagi tujuan dan kepentingan penyelidikan. Sesebuah taman boleh dianggap sebagai taman botani sekiranya taman itu mampu membantu serta mengendalikan pelbagai kajian serta penerbitan penyelidikan di bidang sains tumbuhan. Di situ, tumbuh-tumbuhan dilabelkan dengan maklumat penting di mana maklumat ini boleh digunakan oleh generasi akan datang bagi tujuan pendidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan.


Taman botani terbesar di Malaysia dengan keluasan 92 hektar. Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian,iaitu tanaman bunga, taman dan juga pusat kajian.Tanaman ini mempunyai lebih dari 700 spesis tanaman berbunga. Ia termasuk tumbuhan tempatan dan tanaman dari rantau Asia-Pasifik dan Afrika. Kawasan ini juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan, selain mempunyai koleksi yang pelbagai. Kanak-kanak pasti menyukai koleksi tanaman eksotik yang terdapat di sini dan para pendidik akan dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan di pusat kajian sini.


Habitat Hidupan Terpelihara

Satu kajian
yang dijalankan mendapati haiwan lebih mengutamakan habitat daripada makanan. Kajian itu dijalankan pada musim sejuk. Dalam kajian itu, seekor rusa yang lapar tidak keluar makan meskipun makanan disediakan berhampiran kandang. Penyelidik yang menjalankan kajian itu merumuskan habitat adalah tempat yang paling penting bagi haiwan. Habitat haiwan biasanya dikaitkan dengan kawasan hutan dan laut. Oleh itu, apabila kawasan tersebut dirosak dan dicemari,habitat haiwan akan musnah. Lama-kelamaan, haiwan akan mengalami mati atau pupus. Kemusnahan habitat akan menghalang pembiakan dan tumbesaran haiwan. Dengan penambahan populasi dunia, lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar dan akuatik. Tetapi, pada masa yang sama kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies hidupan yang ada.


Kesimpulan

Sumber alam merupakan anugerah Tuhan kepada manusia. Selaras dengan itu, manusia haruslah bertanggungjawab dan memainkan peranan sebagai pengawal dan pelindung alam agar sumber alam sekitar terus lestari dan membawa manfaat kepada kita sejagat.


Disediakan Oleh,
Leong Tze Mun
(205859)







& PROFILE
KUMPULAN 7
CHEOK SZE KHAY
LEONG TZE MUN
THONG ZI WEI
TOI YEN PING
ONG WEI JUN
YEOW SOOK YING
EVELYN TAN
SAW BEE KIAO
TAN RUI RUI
WEE VIAN SHERLENE

& ARCHIVES
June 2010
July 2010
August 2010

& CREDITS
layout: Jiawen-4ever
base codes: magnette|shot//
fonts: Dafont
brushes: Moargh
images: 1|2