<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7590829986231340893\x26blogName\x3dAlam+Sekitar\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://alamsekitar-eongirls2010.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://alamsekitar-eongirls2010.blogspot.com/\x26vt\x3d664505748162091294', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Wednesday, June 30, 2010

Pencemaran alam sekitar menjadi semakin serius pada masa kini oleh itu, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah amat diperlukan untuk membolehkan kita hidup dalam alam sekitar yang bersih dan sihat.

Antara langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar ialah mengeluar dan menggunakan sumber dengan bijaksana untuk menjamin bekalan yang berterusan. Manusia bertanggungjawab memelihara sumber dengan bijak supaya bekalan sumber terus wujud hingga ke generasi akan datang. Antara cara menggunakan sumber secara bijak ialah merancang penggunaan sumber. Contohnya,penggunaan kertas hendaklah dilakukan dengan bijak agar sumber kayu balak dapat dikurangkan.Cara lain ialah mengelakkan pembaziran bahan, wang, dan tenaga. Contohnya, bahan yang boleh digunakan semula tidak perlu dibuang seperti tin minuman yang boleh dikitar semula dan sejurusnya dapat menjimatkan pembaziran sumber timah.
Langkah seterusnya ialah dengan cara penghutanan semula. Penghutanan semula bermaksud usaha menanam semula pokok hutan yang telah ditebang akibat kegiatan pembalakan. Penebangan pokok hutan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan kepupusan hidupan liar, kekurangan sumber air, dan kehabisan sumber perhutanan. Oleh itu, wujudnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN)untuk memelihara, memulihara, dan mengawal sumber hutan. Antara caranya ialah mewujudkan taman negara untuk melindungi flora dan fauna, menanam semula kawasan hutan yang telah diterangkan, menubuhkan kawasan hutan simpan, mengehadkan pengeluaran lesen pembalakan dan menjalankan penebangan terpilih serta mengharamkan kegiatan pemburuan dan pembalakan di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.


Di samping itu,melalui pendidikan dan kesedaran juga dapat memulihara alam sekitar. Konsep pendidikan dan kesedaran yang lebih mendalam tentang kesejahteraan alam sekitar dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap alam sekitar.Walaubagaimanapun, pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara menyeluruh adalah amat diperlukan dengan penggabungan maklumat dan penyebaran maklumat kepada pelancong-pelancong yang datang. Ini adalah kerana konsep secara menyeluruh adalah perlu bagi memberi kesedaran awal tentang kepentingan alam sekitar kepada mereka. Perkhidmatan maklumat juga merangkumi penggunaan teknologi maklumat, multimedia, media cetak, media elektronik dan sebagainya. Peranan media dalam penyebaran maklumat perlu dipergiatkan agar semua individu menerima kesannya.Program-program seperti Hari Alam Sekitar Sedunia,Kempen Alam Sekitar,Kempen Kitar Semula,Kempen Buku Hijau adalah satu langkah yang proaktif di samping mendidik individu dan juga tidak terkecuali pelancong-pelancong sukan supaya sedar akan kepentingan alam sekitar. Melalui amalan Pertua Hijau,kanak-kanak mestilah diterapkan dan diajar tentang pentingnya amalan menjaga kebersihan sejak dari kecil lagi termasuklah menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat supaya keindahan alam dapat dikekalkan. Guru juga boleh mendidik kanak-kanak supaya memelihara alam sekitar dengan menerapkan amalan mendisplinkan diri. Kanak-kanak juga dididik agar tidak memusnahkan atau menangkap haiwan-haiwan semula jadi yang berhabitat seperti rama-rama pepatung, monyet dan sebagainya. Guru juga harus sentiasa mengikut perkembangan berkaitan dan mengambil bahagian dalam projek-projek yang melibatkan alam sekitar sepeti kempen menanam pokok bunga. Hal ini dapat member pendekatan kepada kanak-kanak tentang cintakan alam sekitar dalam usaha mengindahkan alam sekeliling.
Tambahan lagi, penggunaan baja organik semasa membaja dapat memulihara alam sekitar. Petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia. Selain menambahkan kesuburan tanah, baja organik adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja. Selain itu, peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang akan mencemarkan alam sekitar.

Akhir sekali, kitar dan guna semula bahan-bahan terbuang. Kitar dan guna semula merujuk kepada pemprosesan bahan-bahan terbuang yang tidak digunakan kepada penghasilan bentuk baru yang boleh dimanfaatkan. Tujuan kitar dan guna semula ialah untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar, menjimatkan sumber alam dan mengelakkan pembaziran dan mengurangkan jumlah bahan buangan. Contoh bahan buangan yang boleh dikitar semula ialah plastic yang boleh diguna semula menjadi barang perhiasan. Selain itu, etika alam sekitar yang baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian ialah pengurangan penggunaan beg plastik, penggunaan beg kertas, membawa bakul atau beg sendiri semasa membeli belah dan menggunakan semula beg plastik.

Kesimpulannya,pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian serius dan segera. Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan alam sekitar, serta menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain. Jika kemusnahan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak dibendung, segala kehidupan di planet ini pasti akan menghadapi kepupusan. Dengan itu,langkah-langkah pemuliharaan alam sekitar perlu diambil untuk mengatasi masalah pencemaran.

Disediakan oleh,
Yeow Sook Ying
(206047)




& PROFILE
KUMPULAN 7
CHEOK SZE KHAY
LEONG TZE MUN
THONG ZI WEI
TOI YEN PING
ONG WEI JUN
YEOW SOOK YING
EVELYN TAN
SAW BEE KIAO
TAN RUI RUI
WEE VIAN SHERLENE

& ARCHIVES
June 2010
July 2010
August 2010

& CREDITS
layout: Jiawen-4ever
base codes: magnette|shot//
fonts: Dafont
brushes: Moargh
images: 1|2