<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7590829986231340893\x26blogName\x3dAlam+Sekitar\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://alamsekitar-eongirls2010.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://alamsekitar-eongirls2010.blogspot.com/\x26vt\x3d664505748162091294', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR
Wednesday, August 4, 2010

Alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberi kita satu suasana yang selesa dan menyeman. Di samping memberi keselesaan kepada manusia,ia juga menjejaskan aktiviti pembangunan negara sekira kita tidak menjaga alam sekitar dengan baik.


Ekosistem Yang Stabil
Ekosistem adalah satu cabang kajian dalam ekologi. Di mana ia merupakan satu proses interaksi antara
benda-benda hidup dengan benda-benda bukan hidup dalam alam sekitar. Kajian ini berhubung kait mengenai interaksi antara benda hidup dengan persekitarannya. Sebuah ekosistem boleh berskala kecil seperti sebuah kolam atau berskala besar seperti kawasan hutan hujan tropika. Sesebuah ekosistem terdiri daripada dua komponen, iaitu komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik mengandungi organisma hidup seperti tumbuh-tumbuhan, haiw
an dan manusia. Sementara abiotik meliputi persekitaran fizikal seperti bentuk muka bumi, batuan, tanah, air, udara, mineral dan sumber tenaga suria. Tumbuh-tumbuhan saling berinteraksi dengan unsur-unsur lain dalam komponen biotik dan abiotik. Keadaan tersebut dapat mewujudkan satu persekitaran yang seimbang. Keadaan persekitaran yang seimbang dapat menjamin kesejahteraan alam sekeliling dan manusia.Melalui proses fotosintesis, tumbuh-tumbuhan menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen. Keadaan ini membantu meningkatkan kualiti udara. Daun dan ranting pokok yang gugur akan diuraikan oleh pengurai seperti bakteria, serangga, dan kulat. Proses pereputan akan mengembalikan nutrien ke dalam tanah dan seterusnya menyuburkan tanah. Kesuburan tanah dapat membantu manusia dalam bidang pertanian. Selain itu, tumbuh-tumbuhan hijau juga membekalkan sumber tenaga kepada manusia dan haiwan yang memakannya. Maka alam sekitar adalah penting untuk membentuk ekosistem yang seimbang.

Eko-Pelancongan
Apakah faktor yang mendorong pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan? Sering dengan persoalan yang dibangkitkan, faktornya adalah keindahan alam sekitar yang melatari bumi bertuah ini. Kedudukan Malaysia yang terletak pada garisan khatulistiwa telah memungkinkan pertumbuhan flora yang beraneka spesies dan keunikan tersendiri seperti bunga terbesar di dunia iaitu bunga Rafflesia.

Di Malaysia, Taman Negara Niah,Taman Negara Bako dan hutan simpanan sering menjadi tumpuan para pelancong dan penyelidik sama ada dalam mahupun luar negara. Para pelancong ini datang adalah untuk melihat dan menikmati keindahan alam semula jadi yang banyak terdapat di negara kita dan seterusnya mencari ketenangan setelah penat bekerja. Pelancong akan merasa damai dan tenang apabila berada dalam panorama hijau yang menyejukkan mata. Melalui aktiviti pelancongan,negara kita dapat menambahkan sumber kewangan untuk kegunaan pembangunan negara. Maka, jelaslah alam sekitar penting kepada kita untuk menjadikannya sebagai satu tarikan pelacong negara kita.


Taman Negara Niah

Gua Niah terletak lebih kurang 400 km di sepanjang pantai ke utara bandar Kuching terselindung di sebalik hutan tebal Miri. Taman negara ini merangkumi kawasan seluas 3,140 hektar yang merangkumi paya gambut, hutan, dan pembentukan rabung batu kapur. Gua Niah terdiri daripada sebuah gua yang besar (dipanggil Gua Besar) dan beberapa buah gua kecil yang lain.

Taman Negara Bako

Taman negara yang tertua di Sarawak ini merangkumi kawasan seluas 27 km persegi terletak kira-kira 37 km dari bandaraya Kuching.Taman negara ini terkenal dengan persekitaran semulajadi yang mempesona, habitat, tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.Tarikan utama di sini ialah teluknya yang terlindung serta tanjung berbatu dengan tebing curam yang mengagumkan berhadapan dengan Laut China Selatan.

Hutan Simpan Ulu Muda

Hutan Simpan Ulu Muda merangkumi kawasan seluas 100,000 hektar di sekitar kawasan hutan Ulu Muda.Hutan simpan ini kaya dengan hidupan flora dan fauna, dengan lebih 100 spesies mamalia dan 50 spesies reptilia.Hutan hujan tropika ini juga menempatkan kawasan penempatan air yang menjadi tumpuan hidupan liar, yang turut menyeberangi kawasan hutan di Thailand.

Kesihatan Manusia Terjamin

Bermula dari keperluan asas manusia,laut membekalkan pelbagai jenis sumber makanan yang berkhasiat kepada kita. Ia mengandungi ikan,sotong,udang,rumpai laut dan lain-lain. Semua hidupan akuatik ini boleh dijadikan makanan penting bagi manusia. Kandungan sumber protein dan vitamin-vitamin daripada hasil laut diperlukan untuk tumbuhbesaran kanak-kanak dan kesihatan manusia. Air minuman juga penting kepada kita untuk menjalani kehidupan sihat kerana bekalan air yang bersih adalah untuk tujuan menampung keperluan harian kita.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara.



Rumpai laut digunakan secara extensif sebagai makanan oleh orang-orang laut, terutamanya di Asia Timur. Di Asia, ia akan dikering dan digunakan dalam sup atau untuk membalut sushi.

Aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api telah melepaskan karbon dioksida dan gas "rumah hijau" ke udara. Hasilnya, kehangatan cahaya matahari kini terperangkap di atmosfera bumi dan menjejaskan kesihatan manusia serta mengubah cara penyakit berjangkit menular. Oleh itu, jika alam sekitar dipelihara dan dijaga dengan baik, kesihatan manusia terjamin dan tidak mudah menjangkit penyakit.


Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Serta Perubatan

Sememangnya R&D serta sumber ubat-ubatan boleh didapati daripada alam sekitar seperti laut dan tumbuh-tumbuhan. Misalnya, terumbu karang merupakan sejenis kehidupan akuatik yang sangat peka dan hanya boleh hidup dalam air bersuhu 18 - 30 darjah celsius, didapati mempunyai nilai perubatan. Cerosin A adalah sesuatu unsur yang dijumpai dalam laut dan dapat merawat kanser prostat yang dihadapi oleh kaum lelaki.

Terumbu karang dipercayai dapat dijadikan ubat untuk melawan penyakit Barah.

Sesetengah tumbuhan juga akan membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam mengatasi pelbagai jenis penyakit. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang,mengubati cirit-birit dan memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit pokok Tumu biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka dan cecair dari buah pokok Perapat juga boleh digunakan pendarahan akibat dari buasir.

Pokok Rhizophora

Taman botani adalah merupakan sebuah muzium tumbuhan hidup yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan hidup yang ditanam bagi tujuan dan kepentingan penyelidikan. Sesebuah taman boleh dianggap sebagai taman botani sekiranya taman itu mampu membantu serta mengendalikan pelbagai kajian serta penerbitan penyelidikan di bidang sains tumbuhan. Di situ, tumbuh-tumbuhan dilabelkan dengan maklumat penting di mana maklumat ini boleh digunakan oleh generasi akan datang bagi tujuan pendidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan.


Taman botani terbesar di Malaysia dengan keluasan 92 hektar. Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian,iaitu tanaman bunga, taman dan juga pusat kajian.Tanaman ini mempunyai lebih dari 700 spesis tanaman berbunga. Ia termasuk tumbuhan tempatan dan tanaman dari rantau Asia-Pasifik dan Afrika. Kawasan ini juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan, selain mempunyai koleksi yang pelbagai. Kanak-kanak pasti menyukai koleksi tanaman eksotik yang terdapat di sini dan para pendidik akan dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan di pusat kajian sini.


Habitat Hidupan Terpelihara

Satu kajian
yang dijalankan mendapati haiwan lebih mengutamakan habitat daripada makanan. Kajian itu dijalankan pada musim sejuk. Dalam kajian itu, seekor rusa yang lapar tidak keluar makan meskipun makanan disediakan berhampiran kandang. Penyelidik yang menjalankan kajian itu merumuskan habitat adalah tempat yang paling penting bagi haiwan. Habitat haiwan biasanya dikaitkan dengan kawasan hutan dan laut. Oleh itu, apabila kawasan tersebut dirosak dan dicemari,habitat haiwan akan musnah. Lama-kelamaan, haiwan akan mengalami mati atau pupus. Kemusnahan habitat akan menghalang pembiakan dan tumbesaran haiwan. Dengan penambahan populasi dunia, lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar dan akuatik. Tetapi, pada masa yang sama kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies hidupan yang ada.


Kesimpulan

Sumber alam merupakan anugerah Tuhan kepada manusia. Selaras dengan itu, manusia haruslah bertanggungjawab dan memainkan peranan sebagai pengawal dan pelindung alam agar sumber alam sekitar terus lestari dan membawa manfaat kepada kita sejagat.


Disediakan Oleh,
Leong Tze Mun
(205859)






PENCEMARAN UDARA
Tuesday, August 3, 2010

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi terkandung di dalam udara sehingga menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, serta merosakkan alam sekitar. Contoh bahan pencemar udara ialah seperti karbon dioksida,sulfur dioksida, kloroflorokarbon, plumbum, tembaga dan sisa radioaktif.

Bahan-bahan pencemar terampai di udara sehingga memberi kesan negatif kepada manusia. Bahan-bahan pencemar tersebut akan menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah dan menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.

Selain itu, habuk, asap, kabus, dan wap yang boleh menghalang penglihatan mata juga merupakan sesuatu bentuk pencemaran udara.


Klasifikasi Pencemaran Udara

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran primer adalah pencemaran yang dihasilkan oleh sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang kayu.


Manakala pencemaran sekunder adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Misalnya sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.
Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti Sulfur dioksida, Karbon monoksida, Nitrogen dioksida dan ozon, Alergen, Plumbum dan logam-logam lain.

Punca Pencemaran

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan dan proses industri. Proses industri seperti kilang asbestos dan kilang simen akan menghasilkan bahan pencemaran. Selain itu, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan juga menyebabkan pencemaran udara. Melalui pembakaran, pelepasan habuk akan berlaku dan menyebabkan pencemaran. Di samping itu, letupan gunung berapi, bahan-bahan sisa bandar seperti sampah-sarap, sisa-sisa makanan dan aktiviti masyarakat seperti membakar sampah, memasak menggunakan arang kayu dan merokok juga merupakan salah satu punca menyebabkan pencemaran.

Kesan Pencemaran

Kesihatan manusia

Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Misalnya nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Gas ozon pula boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru. Selain itu, bahan pencemar juga menyebab manusia terdedah kepada pelbagai jenis penyakit mata.

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara

Tumbuhan

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.

Haiwan

Udara dan sumber makanan yang tercemar akibat pencemaran udara akan menyebabkan kematian kepada haiwan.

Bahan

Pencemaran udara akan menyebabakan bahan rosak. Misalnya berlaku hakisan logam,kekotoran pada pakaian dan pencemaran pada permukaan dinding. Ia berlaku akibat dari pengenapan asap atau kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.

Penyusutan lapisan ozon

Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem.

Hujan asid

Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid akan membunuh tumbuh-tumbuhan, hidupan air dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta menjadikannya tidak subur.

Kesan rumah hijau dan pemanasan global

Pencemaran udara menyebabkan pemanasan global. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh kesan rumah hijau. Gas karbon dioksida di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Kesannya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

Atmosfera

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.

Kesimpulan

Pada kesimpulannya, masalah pencemaran udara merupakan masalah yang besar. Sekiranya kita masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap masalah ini, lama kelamahan masalah ini akan menjadi semaking serius dan akan mengugat keselamatan manusia serta haiwan-haiwan. Jadi tindakan yang sepatut perlulah diambil oleh masyarakat untuk mengatasi masalah ini.

Disediakan oleh,
TOI YEN PING
(205854)



PENCEMARAN AIR
Monday, August 2, 2010


Pengenalan

Sungai adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber bekalan air untuk domestik selain membekalkan sumber protein kepada manusia. Dengan berkembangnya bandar dan kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti sungai mula mengalami kemerosotan. Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Punca pencemaran dan kerosakan air boleh disimpulkan kepada faktor budaya campak buang yang berkait rapat dengan sikap masyarakat umum sama ada pengilang, penternak dan penduduk setempat yang tidak menghargai sungai sebagai sumber. Penyerahan tanggungjawab penjagaan sungai kepada kerajaan juga menerangkan betapa rendahnya tahap penglibatan masyarakat dalam usaha pemeliharaan sungai. Sikap dan paradigama masyarakat harus diubah terlebih dahulu, dengan ini barulah segala langkah saintifik dan pengurusan kawalan terhadap pencemaran sungai memberi makna dan berjaya dilaksanakan kerana sebahagian besar masyarakat telah memahami dan berupaya menilai kualiti sungai. Sebenarnya pencemaran air boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke dalam air, sungai, laut dan sebagainya menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran air adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung dari segi kandungan, keadaan dan warna air sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila menggunakannya. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana tempat yang berair. Oleh itu, pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Punca Pencemaran

Pembuangan Sisa Toksik dan Sisa Pepejal


Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang seumpamanya, berusaha menjimatkan kos pelupusan dengan mengambil jalan mudah, iaitu membuang sisa kilang yang bertoksik tanpa dirawat ke dalam sungai dengan sewenang-wenangnya walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.


Selain itu, tumpahan minyak dari tangki kapal dan pelantar minyak juga mencemarkan air.


Penduduk yang tidak bertimbang rasa dan malas juga membuang sisa pepejal seperti sisa makanan, perabot dan barangan elekronik ke dalam sungai. Hal ini akan menyebabkan sungai tercemar dan diracuni. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai juga akan mengalakkan pertumbuhan bakteria.

Pertanian, Perlombongan dan Penternakan


Aktiviti pertanian, perlombongan dan penternakan juga merupakan antara punca utama pencemaran air. Aktiviti pertanian yang menggunakan baja kimia, racun rumpai dan racun serangga sudah pasti akan mencemarkan air terutamanya jika dijalankan di kawasan tanah tinggi. Hal ini kerana bahan kimia yang disembur pada tanaman akan mengikuti air hujan mengalir dari kawasan pertanian ke hilir sungai apabila hujan lebat berlaku.


Selain itu, aktiviti perlombongan yang berleluasa juga mencemarkan air. Hal ini kerana air dari kawasan perlombongan mengandungi kandungan zarah terampai dan bahan logam yang ada kiatan dengan mineral yang dilombong yang membahayakan kesihatan pengguna. Apabila hujan lebat turun, zarah-zarah ini tentu akan disalirkan ke dalam sungai.


Pembentungan najis binatang yang tidak terurus daripada aktiviti penternakan bukan sahaja akan mencemarkan air malah akan menyebabkan pencemaran bau. Hal ini kerana najis binatang mengandungi pelbagai bakteria, virus dan parasit seperti E.coli yang akan mencemarkan kualiti air.

Hakisan Tanah


Selain itu, penerokaan hutan untuk pembangunan bandar, pembinaan infrastruktur fizikal dan perindustrian yang tidak ada titik notahnya secara tidak langsung menyumbang kepada pencemaran air. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti tersebut akan menyebabkan tanah menjadi gondol. Oleh hal yang sedemikian, tanah tersebut akan terdedah kepada arus permukaan air yang deras apabila hujan lebat berlaku kerana tiada cengkaman akar-akar pokok.


Sehubungan dengan itu, tanah akan menjadi longsor dan hakisan tanah akan berlaku.


Tanah yang mengalir ke sungai akan menyebabkan air sungai menjadi keruh kerana mengandungi sisa-sisa kekotoran seperti bahan terampai, tanah-tanih, dan sebagainya. Mendapan tanah di dasar sungai akan menyebabkan sungai menjadi cetek dan seterusnya akan menyumbang kepada kebanjiran. Hal yang sedemikian akan menyebabkan tempat yang rendah ditenggelami air. Akhir kata, penerokaan bukan sahaja akan memburukkan keindahan alam malah akan mengundang pelbagai malapetaka.

Kesan Pencemaran

Menjejaskan Kesihatan Manusia dan Haiwan


Semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung dan nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT yang merupakan sejenis racun serangga adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom manusia. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya.


Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu. Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit akibat daripada keracunan yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.

Pembunuh Hidupan Akuatik


Alam sekitar rosak dengan teruk terutama di tempat yang mengalami pencemaran air. Pencemaran air memberi kesan kepada sistem eko laut, sungai, muara, tasik dan air dari tanah. Pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat. Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air.


Tumpahan minyak boleh membunuh ikan, mikroorganisma, tumbuhan laut dan hidupan air yang lain. Minyak yang terdampar ke dasar laut pula akan merosakkan terumbu karang serta segala hidupan yang bergantung kepada terumbu karang untuk hidup dan untuk mendapatkan makanan. Maksudnya rangkaian sistem pemakanan boleh terjejas akibat tumpahan minyak. Tumpahan minyak yang terkena kawasan batu-batuan di laut pula boleh merosakkan lumut yang hidup di atas batu dan merosakkan lagi sistem ekologi. Biasanya pihak berkuasa akan melarang sebarang tangkapan ikan di kawasan tercemar kerana kemungkinan besar ikan tersebut juga bertoksik. Selain dari ikan, hidupan marin yang lain seperti udang, sotong, kerang dan ketam akan turut terjejas.

Merosakkan Keindahan Alam Sekitar


Pencemaran minyak memberi kesan kepada nilai keindahan alam dengan beberapa cara. Minyak yang kelihatan di pantai dan laut akan mewujudkan bau yang tidak selesa kepada penduduk yang tinggal di kawasan sekitar.


Sampah-sarap yang terapung-apung serta bertimbunan di pantai memang menjengkelkan. Pantai yang cantik dan air yang jernih yang menjadi tumpuan pelancongan, kini dicemari. Hal ini akan memberi kesan kepada industri pelancongan. Aktiviti ekonomi di kawasan pelancongan seperti Pulau Langkawi memang diketahui suatu aktiviti yang utama. Pencemaran marin boleh menjejaskan kedatangan pelancong. Apabila pelancong kurang datang, sektor perhotelan, pengangkutan, restoran, pemandu pelancong dan peruncitan akan terjejas. Selain itu, kawasan terumbu karangan seperti di Pulau Payar boleh terjejas teruk dengan pencemaran minyak. Apabila ini berlaku hidupan ikan yang mencari makanan di kawasan batu karang tersebut juga akan terjejas. Kajian-kajian penilaian nilai alam sekitar seperti Contingent Valuation Model (CVM) dan Travel Cost Method (TCM) boleh dilakukan untuk melihat kesan pencemaran sebelum dan selepas berlakunya pencemaran.

Langkah Mengatasi

Rawatan Air Kumbahan


Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pepejal diasingkan dan kemudian ditukar daripada bahan pepejal kepada bahan mineral. Cara biasa untuk merawat air biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu Rawatan Primary, Rawatan Secondary dan Rawatan Tertiary.


Tiga cara untuk mengawal air kumbahan industri ialah dengan mengawal selia puncanya di sesebuah kilang berkenaan, membuang air kumbahan dengan menggunakan cara rawatan berbeza atau air kumbahan boleh dirawat secara penuh di kilang sama ada ia kemudian diguna semula atau dibuang terus. Tujuan rawatan biasa untuk air kumbahan ialah bagi mengurangkan bahaya dan risiko bagi penggunaan manusia, selain menghilangkan terus, mengurang atau meminimumkan kesan air kumbahan supaya ia boleh digunakan sebagai air berkualiti kepada alam sekitar.

Kempen Alam Sekitar


Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar, cara-cara mengitar semula dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar.


Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula dan mengguna semula bagi mengelakkan pembaziran. Kempen pameran yang berkaitan dengan segala isu pencemaran air juga boleh dilakukan. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.


Bahan-bahan menarik seperti carta, poster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan presentasi slide yang berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

Pendidikan Alam Sekitar


Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu adalah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Hal ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula boleh disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

Disediakan oleh,

EVELYN TAN

(206030)




PENCEMARAN TANAH
Sunday, August 1, 2010

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terjejasnya kemandirian kehidupan.Takrifan pencemaran menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya dan membahayakan kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuh-tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam pencemaran udara,pencemaran air,pencemaran laut,pencemaran bunyi pencemaran tanah,pencemaran haba,pencemaran sungai dan kolam.
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Pencemaran tanah akan menjejaskan kesuburan tanah. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut. Pencemaran tanah adalah keadaan di mana bahan kimia iaitu perbuatan manusia dan mengubah lingkungan tanah alami. Pencemaran ini biasanya terjadi kerana kebocoran limbah cair, bahan kimia industri,penggunaan pestisida, masuknya air permukaan tanah tercemar ke dalam lapisan sub-permukaan, zat kimia, atau limbah air.

Jika sesuatu zat berbahaya telah mencemari permukaan tanah, maka ia dapat menguap, tersapu air hujan dan masuk ke dalam tanah. Pencemaran yang masuk ke dalam tanah kemudian terendap sebagai zat kimia beracun di tanah. Zat beracun di tanah tersebut dapat memberi kesan secara langsung kepada manusia ketika bersentuhan atau dapat mencemari air tanah dan udara di atasnya.

Kesan Pencemaran Tanah Ke atas Alam Sekitar

Pertanian
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya
penebangan hutan secara meluas.Ini telah menyebabkan jumlah
hutan asal dan biodiversiti hutan serta hidupan liar semakin berkurang, penebangan
hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerundan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan
hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air.Ini
akan menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan
menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk
sebatian toksik seperti DDT, Orgonofosfat dan Organoklorin. Menurut Repetto dan
Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling banyak
menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia.
Selain menimbulkan masalahpencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang
menggunakan penyembur serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak
akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit.

Perlombongan
Kekayaan ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri perlombongan
dengan mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar, tidak lebih daripada bentuk
pembangunan lain. Kebanyakan operasi perlombongan menjalankan penilaian kesanalam sekitar. Satu dasar berkaitan dengan galian telah pun dirangka untuk
mengambil kira faktor-faktor alam sekitar melalui penggunaan bon prestasi dan
langkah fizikal lain. Bagaimanapun, perlombongan skala kecil dan operasi kuari
perlu diperbaiki segera terhadap pengurusan alam sekitar mereka. Penyelidikan
menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu sumber air semula
jadi.Ini telah menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan
menyebabkan saliran lombong berasid. Tambahan pula, operasi perlombongan pasir
di dataran serta tebus guna tanah dan pembangunan di sepanjang pantai telah meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah menyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi berbanding dengan pembangunan hutan, perlombongan atau pertanian. Ini termasuklah sisa buangan dan pembentungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran dan masalah haba perbandaran serta pencemaran air dan udara.

Punca Pencemaran
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modenisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Semua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit
ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan
pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu. Antara punca-punca berlakunya
pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti
minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang yang secara terbuka.Mereka membiarkan begitusahaja atau menanam dalam tanah.Ini akan mendatangkan pencemaran air dan
pencemaran tanah.Tambahan pula,ini akan menjejaskan kehidupan marin secara
langsung.Contohnya,terumbu karang yang semakin pupus.Jikalau air beracun tersebut
mengalir ke tanah,ini akan menyebabkan pencemaran tanah.Selain itu,masyarakat yang
tidak menghargai dan menyayangi alam sekitar yang membuang sampah merata-rata dan
tempat pelupusan yang tidak sistematik juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran
ini.Tambahan pula,penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh
menjadi salah satu punca pencemaran tanah.Di samping itu,sikap manusia yang jarang
menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan
pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk
menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangantelah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.

Langkah- langkah mengatasi alam sekitar

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semulaSelain itu, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian.

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar cara yang terbaik ialah melalui pendidikan.Pendidikan alam sekitar ini perlu kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia seterusnya pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi.
Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

Kesimpulannya, Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.
Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.
Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

Disediakan oleh,
Ong Wei Jun
(205793)




& PROFILE
KUMPULAN 7
CHEOK SZE KHAY
LEONG TZE MUN
THONG ZI WEI
TOI YEN PING
ONG WEI JUN
YEOW SOOK YING
EVELYN TAN
SAW BEE KIAO
TAN RUI RUI
WEE VIAN SHERLENE

& ARCHIVES
June 2010
July 2010
August 2010

& CREDITS
layout: Jiawen-4ever
base codes: magnette|shot//
fonts: Dafont
brushes: Moargh
images: 1|2