<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7590829986231340893?origin\x3dhttps://alamsekitar-eongirls2010.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
ISU-ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
Saturday, July 24, 2010

Seperti mana yang kita ketahui Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam semula jadi. Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, bekalan air minuman yang bersih dan antara hutan-hutan tropika tertua di dunia. Tambahan pula dengan adanya ekonomi negara yang kukuh dan mantap, ini membolehkan rakyat Malaysia untuk memperoleh segala keperluan asas masaing-masing dengan mudah. Tetapi dalam usaha untuk memajukan status negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk-penduduk, banyak kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan negara memang tidak dapat dielakkan. Demi mencapai kemajuan negara yang setaraf dengan negara asing seperti Amerika syarikat , Jepun dan sebagainya manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang mungkin akan timbul atas pelaksanaan aktiviti-aktiviti ekonomi dan projek-projek pembangunan negara. Kesan- kesan negatif yang timbul akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru dan semakin mendesak ini hanya akan mengakibatkan berlakunya pencemaran-pencemaran terhadap alam sekeliling. Kesemua kesan negatif ini secara langsung akan menggugat kesihatan manusia dan sumber-sumber ekonomi bumi juga akan habis diteroka. Oleh itu, untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah dijalankan secara terkawal dan diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.






**keindahan alam semula jadi yang unik**

Dalam usaha untuk menyelesaikan projek-projek pembangunan dalam tempoh yang telah ditetapkan, banyak nilai-nilai kesedaran yang sepatutnya diamalkan oleh semua manusia terhadap alam semula jadi telah diabaikan begitu sahaja. Akhirnya berlakulah pelbagai jenis pencemaran alam di bumi kita. Salah satu pencemaran yang berlaku ialah pencemaran air. Pencemaran air berlaku sebab daripada sikap para penghuni bumi yang tidak bersikap prihatin terhadap alam. Contohnya kebanyakkan orang gemar membuang sampah ke dalam sungai, pihak-pihak perindustrian sering mengeluarkan toksid-toksid beracun atau sisa-sisa kimia ke dalam sungai tanpa menapisnya, dan sebagainya. Sikap manusia yang tidak peka terhadap alam sekitar telah menyebabkan bekalan air bersih semakin berkurangan dan kesihatan manusia semakin terjejas kerana penggunaan bekalan air yang tercemar dalam kehidupan harian seperti mandi minum,dan memasak. Keadaan ini juga menyebabkan hidupan akuatik mati keracunan. Seperti apa yang telah berlaku akhir-akhir ini pada 1 Ogos 2010 di Kota Bharu krisis bekalan air di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang berlarutan hampir setahun lalu, kini kritikal sehingga menjejaskan kelancaran operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan di hospital berkenaan. Apa yang paling membimbangkan semua pihak ialah kemungkinan berlakunya jangkitan di kalangan pesakit apabila banyak peralatan yang telah digunakan tidak dapat dibersihkan akibat ketiadaan air. Untuk mengelakkan masalah ini berterusan semua pihak termasuk pihak kerajaan dan penghuni-penghuni bumi perlulah sama-sama berkerjasama menjaga kebersihan sungai-sungai supaya bekalan air bersih dapatlah dibekalkan kepada semua penggunanya.







**pencemaran air**

Di samping itu, sekiranya pencemaran air tidak dapat dikawal, ini seterusnya akan menyebabkan berlakunya pecemaran laut. Antara sebab-sebab yang menyumbang kepada berlakunya keadaan ini ialah sungai-sungai yang tercemar yang mengalir ke laut bersama dengan bahan-bahan pencemar, bandar-bandar yang berhampiran pantai yang mengepam kumbahan terus ke dalam laut tanpa memikirkan kesan terhadap hidupan laut, pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa-sisa beracun seperti bahan kimia, asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas, serta tumpahan minyak yang merebak di lautan yang tidak dibersihkan dengan segera. Sebagai peringatan kepada semua, laut merupakan bahagia terbesar daripada bumi kita kerana ¾ daripada bumi merupakan air. Oleh itu jika pencemaran sama ada air atau laut tidak diatasi segera maka amat susahlah bagi kita atasinya sekiranya pencemaran tersebut menjadi semakin serius. Sebaliknya sekira adanya laut yang bersih, ini akan merupakan satu sumbangan kita terhadap pembangunan negara kerana laut yang bersih lagi menarik sesuai untuk dijadikan sebagai pusat-pusat pelancongan bagi menarik perhatian pelancong asing untuk melancong di Malaysia kerana bentuk bumi kita yang unik lagi kaya dengan sumber-sumber alam semula jadi yang tertunggal. Kita sepatutnya berasa bangga dan harus meneruskan usaha untuk menjaga alam semula jadi yang unik ini.



**suasana laut dan pantai yang bebas daripada pencemaran**

Pencemaran seterusnya ialah pencemaran tanah. Untuk menjadi sebuah negara yang mampu duduk sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain banyak kawasan talah diterokai bagi tujuan pembinaan. Tanpa disedari penebangan secara berterusan ini sedikit banyak telah menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan akhirnya menyebabkan sering berlakunya banjir di kawasan tanah rendah. Selain mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, peningkatan suhu bumi, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Ada juga terdapat penebangan hutan tanpa tujuan contohnya pada 1 Ogos 2010 di Kuala Lumpur walaupun satu demi satu hutan di negara ini terutama di ibu kota dikorbankan atas nama pembangunan, tidak terlepas kawasan bukit dan hutan berhadapan Balai Bomba Taman Melati. Tetapi di sini tiada sebarang papan tanda mengenai perjalanan projek didirikan, namun terdapat papan tanda merah dengan tulisan putih menyatakan kawasan itu adalah milik Sime Darby Property Berhad. Mengapa masalah sedemikian berlaku? Apakah yang akan terjadi sekiranya keadaan ini terus berlaku? Semua ini terpulanglah kepada kesedaran manusia tentang kepentingan alam terhadap semua makluk bumi.





**penerokaan hutan**

Pencemaran udara berlaku kerana terdapat bahan-bahan tercemar di udara. Antara bahan-bahan tercemar meliputi gas-gas toksid yang dikeluarkan dari industri-industri berat, gas karbon dioksida yang dikeluarkan akibat pembakaran secara terbuka, karbon monoksid yang dikeluarkan dari kenderaan-kenderaan dan lain-lain lagi. Pembangunan negara merupakan sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia, tetapi sekiranya tanpa pengurusan yang terancang pembangunan tersebut akan membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar. Tanpa disedari, setiap manusia didapati menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar. Contohnya perokok yang mengembuskan asap ke udara, pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara terbuka dan pengeluaran gas-gas beracun ke udara. Keadaan sedemikian telah nyata menunjukkan bahawa manusialah yang menyumbang kepada berlakunya pencemaran alam. Jika keadaan ini berterusan dan langkah-langkah untuk mencegahnya tidak dititikberatkan, maka terjejaslah kesihatan manusia dan juga mengakibatkan penipisan lapisan ozon akibat daripada tindakan manusia itu sendiri. Pada masa itu memang tidak sempatlah bagi mereka yang mula sedar bahawa kepentingan alam kepada semua makluk bumi.

**pengeluaran asap-asap toksid**

Sebagai kesimpulan, bumi merupakan satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lain hidup secara bebas. Oleh yang demikian, alam sekitar haruslah dijaga dan dipertahankan daripada diteroka secara tidak terancang dan dicemar kerana ia memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Alam sekitar yang bersih dan terlindung juga dapat mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di samping memberi keselesaan kepada manusia. Oleh itu, kesedaran dalam diri setiap penghuni bumi adalah sangat penting dalam memainkan peranan masing-masing dan saling berkerjasama untuk menyelamatkan alam sekeliling dan memuliharanya daripada pencemaran. Akhir sekali saya ingin menyeru kesedaran daripada semua penghuni-penghuni bumi sekalian marilah sama-samalah kita menyelamatkan bumi kita sebelum terlambat.


Disediakan oleh,
Saw Bee Kiao
(206077)




& PROFILE
KUMPULAN 7
CHEOK SZE KHAY
LEONG TZE MUN
THONG ZI WEI
TOI YEN PING
ONG WEI JUN
YEOW SOOK YING
EVELYN TAN
SAW BEE KIAO
TAN RUI RUI
WEE VIAN SHERLENE

& ARCHIVES
June 2010
July 2010
August 2010

& CREDITS
layout: Jiawen-4ever
base codes: magnette|shot//
fonts: Dafont
brushes: Moargh
images: 1|2