Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi terkandung di dalam udara sehingga menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, serta merosakkan alam sekitar. Contoh bahan pencemar udara ialah seperti karbon dioksida,sulfur dioksida, kloroflorokarbon, plumbum, tembaga dan sisa radioaktif.
Bahan-bahan pencemar terampai di udara sehingga memberi kesan negatif kepada manusia. Bahan-bahan pencemar tersebut akan menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah dan menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.
Selain itu, habuk, asap, kabus, dan wap yang boleh menghalang penglihatan mata juga merupakan sesuatu bentuk pencemaran udara.
Klasifikasi Pencemaran Udara
Pencemaran udara dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran primer adalah pencemaran yang dihasilkan oleh sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang kayu.
Manakala pencemaran sekunder adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Misalnya sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.
Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti Sulfur dioksida, Karbon monoksida, Nitrogen dioksida dan ozon, Alergen, Plumbum dan logam-logam lain.
Punca Pencemaran
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan dan proses industri. Proses industri seperti kilang asbestos dan kilang simen akan menghasilkan bahan pencemaran. Selain itu, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan juga menyebabkan pencemaran udara. Melalui pembakaran, pelepasan habuk akan berlaku dan menyebabkan pencemaran. Di samping itu, letupan gunung berapi, bahan-bahan sisa bandar seperti sampah-sarap, sisa-sisa makanan dan aktiviti masyarakat seperti membakar sampah, memasak menggunakan arang kayu dan merokok juga merupakan salah satu punca menyebabkan pencemaran.
Kesan Pencemaran
Kesihatan manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Misalnya nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Gas ozon pula boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru. Selain itu, bahan pencemar juga menyebab manusia terdedah kepada pelbagai jenis penyakit mata.
Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara
Tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Haiwan
Udara dan sumber makanan yang tercemar akibat pencemaran udara akan menyebabkan kematian kepada haiwan.
Bahan
Pencemaran udara akan menyebabakan bahan rosak. Misalnya berlaku hakisan logam,kekotoran pada pakaian dan pencemaran pada permukaan dinding. Ia berlaku akibat dari pengenapan asap atau kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.
Penyusutan lapisan ozon
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem.
Hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid akan membunuh tumbuh-tumbuhan, hidupan air dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta menjadikannya tidak subur.
Kesan rumah hijau dan pemanasan global
Pencemaran udara menyebabkan pemanasan global. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh kesan rumah hijau. Gas karbon dioksida di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Kesannya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
Atmosfera
Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.
Kesimpulan
Pada kesimpulannya, masalah pencemaran udara merupakan masalah yang besar. Sekiranya kita masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap masalah ini, lama kelamahan masalah ini akan menjadi semaking serius dan akan mengugat keselamatan manusia serta haiwan-haiwan. Jadi tindakan yang sepatut perlulah diambil oleh masyarakat untuk mengatasi masalah ini.
Disediakan oleh, TOI YEN PING (205854)
$BlogItemBody$>
& PROFILE
KUMPULAN 7
CHEOK SZE KHAY
LEONG TZE MUN
THONG ZI WEI
TOI YEN PING
ONG WEI JUN
YEOW SOOK YING
EVELYN TAN
SAW BEE KIAO
TAN RUI RUI
WEE VIAN SHERLENE