<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7590829986231340893?origin\x3dhttp://alamsekitar-eongirls2010.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
PENCEMARAN BUNYI
Sunday, July 25, 2010

Pada masa dahulu,pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang paling kurang diberi perhatian oleh semua pihak berbanding dengan pencemaran air dan udara. Tetapi semenjak kebelakangan ini, ramai pihak telah membuka mata tentang seriusnya pencemaran bunyi yang semakin banyak berlaku terutamanya di jalan-jalan raya akibat daripada pembinaan jalan. Peningkatan masalah pencemaran bunyi berkaitan dengan majunya teknologi masa kini dan berkembangnya ekonomi negara.

Pencemaran bunyi boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu kebisingan selanjar, kebisingan fluktasi, hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli. Kebisingan selanjar merupakan kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan. Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3dB sahaja. Contohnya bunyi enjin kenderaan dan orang sedang bercakap. Manakala, hentakan impuls didefinasikan sebagai bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contohnya tembakan, ketukan. Kebisingan selang-seli merupakan bunyi bising yang menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contohnya ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Timbulnya pencemaran bunyi ini kebanyakkannya adalah disebabkan meningkatnya penggunaan kenderaan di jalan raya yang membawa kepada kesesakkan lalu lintas. Bunyi hon kereta dan enjin kenderaan berat serta berenjin diesel, inilah yang membawa kepada pencemaran bunyi. Begitu juga dengan kenderaan awam seperti teksi dan bas yang tidak mempunyai alat penyerap bunyi yang berfungsi dengan baik yang hanya memburukkan lagi masalah ini. Pemilik kenderaan yang tidak bertanggungjawab seperti yang gemar mengubahsuai ekzos kenderaan mereka hanya kerana ingin menghasilkan bunyi yang lebih kuat, secara langsung mengganggu kehidupan orang di sekeliling dan akan mendatangkan kemarahan. Akhirnya berlakulah pergaduhan sesama sendiri.

Antara puncanya yang lain adalah akibat daripada kerja-kerja di tapak pembinaan
dan proses pe ngeluaran kilang. Bunyi-bunyi yang dihasilkan daripada jentera dan mesin yang besar seperti mesin gerudi menghasilkan bunyi yang nyaring dan kuat serta bising. Mesin yang digunakan dalam sesebuah kilang itu adalah berkuasa tinggi dicampurkan lagi dengan bunyi jentera pendingin yang membawa kepada masalah pencemaran bunyi.

Peralatan untuk berhibur yang semakin berkembang berikutan perkembangan teknologi hiburan juga merupakan penyebab pencemaran bunyi. Peralatan hi-fi yang menghasilkan bunyi di tahap yang tinggi serta penggunaan peralatan yang canggih di pusat hiburan meningkatkan lagi pencemaran bunyi. Pusat hiburan lazimnya mengeluarkan bunyi yang melebihi daripada had yang ditetapkan untuk pendengaran manusia iaitu 80 desibel. Sifat mementingkan diri bagi sesetengah pihak yang suka membunyikan peralatan hi-fi mereka di tahap yang tinggi telah mengganggu ketenteraman sesetengah pihak yang tinggal berhampiran dengan mereka.

Kesan daripada pencemaran bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan secara physiological dan psychological health. Pencemaran bunyi mampu menyebabkan rimas dan agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain.Lebih lanjut lagi, tekanan dan hipertansi adalah punca utama masalah kesihatan,di mana telinga berdengung tinitus boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan kadang-kala serangan panik.
Tahap bunyi bising yang tinggi mampu membawa kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap serdahana tinggi dalam sesi tempoh lapan jam tunggal mampu menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah dari lima hingga sepuluh poin dan peningkatan tekanan perasaan dan "vasoconstriction" mendorong kepada peningkatan tekanan darah dan peningkatan kejadian penyakit arteri koronari.
Bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan. Kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat.
Kesimpulannya, pencemaran bunyi ini boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Seterusnya, ia nya boleh menjejaskan kelancaran aktiviti seharian seseorang. Oleh itu, pihak berkenaan haruslah memastikan masyarakat yang dinamik dapat diwujudkan.

Disediakan oleh,
Cheok Sze Khay
(206089)




& PROFILE
KUMPULAN 7
CHEOK SZE KHAY
LEONG TZE MUN
THONG ZI WEI
TOI YEN PING
ONG WEI JUN
YEOW SOOK YING
EVELYN TAN
SAW BEE KIAO
TAN RUI RUI
WEE VIAN SHERLENE

& ARCHIVES
June 2010
July 2010
August 2010

& CREDITS
layout: Jiawen-4ever
base codes: magnette|shot//
fonts: Dafont
brushes: Moargh
images: 1|2