Pada masa kini, flora dan fauna sering menjadi korbanan manusia atas nama pembangunan.Pelbagai khazanah bumi terpaksa dikorbankan untuk memenuhi nafsu manusia kini. Kealpaan manusia telah menjerut leher sendiri di mana angka flora dan fauna yang pupus semakin meningkat.
Pembalakan haram Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora me
nyatakan antara 1986 hingga jun 1990, 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.Pembalakan sering berlaku di kawasan perlindungan seperti di kawasan
hutan simpan dan Taman Negara.Spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal telah menjadi "mangsa" dalam kegiatan ini.Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia akan memusnahkan spesis tumbuhan yang lain.Pokok-pokok balak tumbang menghempas tumbuhan-tumbuhan kecil yang berada di bawahnya.Keadaan ini boleh menyebabkan tumbuhan renek ini mengalami kepupusan.Apabila hutan yang sedia ada dikorbankan, tiada lagi habitat untuk flora dan fauna.
Pembakaran hutan
Pembakaran hutan secara terbuka dan tidak terkawal juga merupakan faktor yang menyebabkan kepupusan flora dan fauna.Menurut satu laporan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada bulan Mac 2005 yang lalu, kebakaran hutan di Berjuntai Bestari, Batang Berjuntai hampir meragut sejumlah besar hutan di kawasan tersebut.Apabila kebakaran hutan terjadi, fauna akan kehilangan tempat tinggal dan flora akan turut terbakar sama. Pembakaran yang tidak dikawaldengan baik boleh menyebabkan api mereb
ak dan meningkatkan kepupusan flora dan fauna.
Pembukaan tanah baru Permintaan manusia terhadap tempat tinggal adalah tinggi.Oleh itu untuk memenuhi permintaan ini, banyak kawasan baru perlu diterokai untuk membina penempatan baru.Kawasan yang dahulunya hutan belantara telah dijadikan kawasan perumahan oleh pemaju-pemaju.Pembukaan tanah baru juga dijadikan kawasan pertanian dan perindustrian.Oleh itu, habitat flora dan fauna digantikan dengan besi konkrit, menara dan sebagainya.
Peningkatan Suhu Dunia Faktor perubahan iklim bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.Fenomena Elnino menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak.Sesetengah spesis haiwan dan tumbuhan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.Kesan-kesan akibat kepupusan flora dan fauna.
Rantaian makanan terjejas
Seperti yang kita ketahui,tumbuh-tumbuhan merupakan sumber makanan bagi kebanyakan haiwan di dunia ini. Apabila tumbuh-tumbuhan dan haiwan mengalami kepupusan yang serius, ini secara tidak langsung akan menjejaskan kitaran rantaian makanan.Contohnya,padi merupakan makanan bagi tikus seterusnya tikus pula merupakan makanan bagi ular dan akhirnya ular pula akan dimakan oleh helang. Kitaran makanan ini dikatakan seimbang namun jika berlakunya kepupusan tumbuhan seperti padi ini, hal ini akan menyebabkan tikus kehilangan makanan dan secara tidak langsung keadaan ini menyebabkan haiwan-haiwan yang memburu tikus sebagai makanan turut mengalami kepupusan kerana kehilangan sumber makanan. Jika keadaan ini terus berlaku tanpa dikawal maka lebih banyaklah haiwan yang akan mengalami kepupusan.
Hakisan tanah dan tanah runtuh
Selain itu,aktiviti manusia seperti pembalakan tidak terkawal dan pembukaan tanah baru mampu mendorong kepada kesan yang kedua iaitu hakisan tanah dan tanah runtuh.Hal ini berlaku disebabkan akar-akar pokk yang sepatutnya mencengkam tanah itu daripada runtuh telah tiada. Apabila tiada lagi sokongan pada tanah, tanah tidak mampu lagi untuk menampung segala benda di atasnya. Hasilnya, hakisan tanah atau tanah runtuh berlaku.
Kecacatan pemandangan alam Apabila flora dan fauna yang menyerikan alam sekitar mengalami kepupusan, yang terbentang di depan mata kita hanyalah kawasan gersang dan gondol seperti gurun.Alam sekitar yang kaya dengan pelbagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan serta hutan hujan tropika bertukar menjadi padang jarak padang terkukur. Sudah tentu keadaan ini mencacatkan pemandangan alam semulajadi.
Contoh-contoh flora dan fauna yang berada di ambang kepupusan Rafflesia atau bunga pakma yang masyhur sebagai bunga terbesar di dunia merupakan tumbuhan yang jarang ditemui serta unik di dalam hutan hujan tropika dan tergolong dalam famili Rafflesiaceae. Penggunaan Rafflesia sebagai sumber ubatan tradisional merupakan antara faktor penyebab utama spesies ini diancam kepupusan selain daripada kemusnahan hutan akibat pembalakan haram.
Magnolia merupakan salah satu bunga yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Kini, sebanyak dua pertiga spesis magnolia telah dijumpai di Asia dan sebanyak 40% tumbuh di Selatan China. Spesis yang selebihnya dapat dijumpai di Amerika. Mengikut kajian terbaru, kira-kira separuh daripada spesis magnolia di China kini hampir mengalami kepupusan. Menurut kajian daripada Botanic Gardens Conservation International (BGCI) dan Fauna and Flora International (FFI), dari seluruh dunia sebanyak 131 daripada 245 spesis pokok magnolia berada dalam ambang kepupusan. Hal ini berlaku disebabkan aktiviti manusia seperti pembalakan haram telah memusnahkan habitat magnolia yang sedia ada.
Batu karang adalah sejenis organisma laut yang mudah dijumpai di pulau-pulau Malaysia.Pemanasan global yang berpunca daripada aktiviti manusia yang tidak terkawal juga boleh membawa kepupusan batu karang.fenomena ini dikenali sebagai pemutihan batu karang dan boleh dilihat di Port Dickson dan pulau seperti Pangkor, Redang, Tenggol, Langkawi, Payar, Tioman, Sibu dan Perhentian.
Burung Botak Upeh mempunyai taburan yang agak luas tetapi berkelompok. Spesies ini boleh didapati di kawasan Asia Tenggara dari Kemboja, Vietnam, Thailand, Semenanjung Malaysia dan Indonesia.Nama saintifiknya,Mycteria cinerea. Penurunan populasi Botak Upeh di Semenanjung Malaysia disebabkan oleh gangguan manusia ke atas habitat burung ini seperti penerokaan dan kemusnahan hutan paya bakau, penternakan ikan dan pencemaran racun perosak.
Dugong merupakan haiwan mamalia laut yang sangat jarang dapat di temukan lagi pada habitat aslinya khususnya di sekitar perairan. Penyebaran dugong di perairan dunia di catat pada longitude 30 ° E sampai 170 ° E dan antara latitude 30 ° N sampai 30 ° S. Kawasan ini merangkumi Australia, Teluk Persian dan laut merah, pantai Afrika, Sri Lanka, Indonesia, Philipina, Malaysia, Thailand dan di sekitar kepulauan Pacific.Ia semakin pupus kerana diancam oleh manusia untuk mendapatkan daging,lemak,gading,dan kulit dugong untuk dijual.
Tenuk Malaysia(tapir) merupakan haiwan yang suka bersendirian dan mempertahankan kawasan daratan yang luas sebagai wilayahnya walaupun sebenarnya kawasan tersebut pernah dijajah oleh tenuk lain. Kebiasannya tenuk ini lebih suka tinggal berhampiran sungai dan sering membersihkan diri dan berenang serta mempunyai kemampuan untuk memanjat cerun yang curam. Tenuk ini hanya aktif pada waktu malam walaupun tidak tergolong dalam kumpulan haiwan nokturnal.Kepupusan akibat pemburuan manusia dan pembangunan.
Pada kesimpulannya, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum melakukan suatu perkara. Dalam hal membangunkan negara menerusi perindustrian, alam semula jadi tidak boleh dilupakan. Jika khazanah bumi ini tidak dijaga dengan sebaik-baiknya, tiada apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang.