

Gua Niah terletak lebih kurang 400 km di sepanjang pantai ke utara bandar Kuching terselindung di sebalik hutan tebal Miri. Taman negara ini merangkumi kawasan seluas 3,140 hektar yang merangkumi paya gambut, hutan, dan pembentukan rabung batu kapur. Gua Niah terdiri daripada sebuah gua yang besar (dipanggil Gua Besar) dan beberapa buah gua kecil yang lain.

Taman negara yang tertua di Sarawak ini merangkumi kawasan seluas 27 km persegi terletak kira-kira 37 km dari bandaraya Kuching.Taman negara ini terkenal dengan persekitaran semulajadi yang mempesona, habitat, tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.Tarikan utama di sini ialah teluknya yang terlindung serta tanjung berbatu dengan tebing curam yang mengagumkan berhadapan dengan Laut China Selatan.
Hutan Simpan Ulu Muda merangkumi kawasan seluas 100,000 hektar di sekitar kawasan hutan Ulu Muda.Hutan simpan ini kaya dengan hidupan flora dan fauna, dengan lebih 100 spesies mamalia dan 50 spesies reptilia.Hutan hujan tropika ini juga menempatkan kawasan penempatan air yang menjadi tumpuan hidupan liar, yang turut menyeberangi kawasan hutan di Thailand.
Kesihatan Manusia Terjamin
Bermula dari keperluan asas manusia,laut membekalkan pelbagai jenis sumber makanan yang berkhasiat kepada kita. Ia mengandungi ikan,sotong,udang,rumpai laut dan lain-lain.
Semua hidupan akuatik ini boleh dijadikan makanan penting bagi manusia. Kandungan sumber protein dan vitamin-vitamin daripada hasil laut diperlukan untuk tumbuhbesaran kanak-kanak dan kesihatan manusia. Air minuman juga penting kepada kita untuk menjalani kehidupan sihat kerana bekalan air yang bersih adalah untuk tujuan menampung keperluan harian kita.
Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara.


Rumpai laut digunakan secara extensif sebagai makanan oleh orang-orang laut, terutamanya di Asia Timur. Di Asia, ia akan dikering dan digunakan dalam sup atau untuk membalut sushi.
Aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api telah melepaskan karbon dioksida dan gas "rumah hijau" ke
udara. Hasilnya, kehangatan cahaya matahari kini terperangkap di atmosfera bumi dan menjejaskan kesihatan manusia serta mengubah cara penyakit berjangkit menular. Oleh itu, jika alam sekitar dipelihara dan dijaga dengan baik, kesihatan manusia terjamin dan tidak mudah menjangkit penyakit.
Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Serta Perubatan
Sememangnya R&D serta sumber ubat-ubatan boleh didapati daripada alam sekitar seperti laut dan tumbuh-tumbuhan. Misalnya, terumbu karang merupakan sejenis kehidupan akuatik yang sangat peka dan hanya boleh hidup dalam air bersuhu 18 - 30 darjah celsius, didapati mempunyai nilai perubatan. Cerosin A adalah sesuatu unsur yang dijumpai dalam laut dan dapat merawat kanser prostat yang dihadapi oleh kaum lelaki.
Terumbu karang dipercayai dapat dijadikan ubat untuk melawan penyakit Barah.
Sesetengah tumbuhan juga akan membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam mengatasi pelbagai jenis penyakit. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang,mengubati cirit-birit dan memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit pokok Tumu biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka dan cecair dari buah pokok Perapat juga boleh digunakan pendarahan akibat dari buasir.

Pokok Rhizophora
Taman botani adalah merupakan sebuah muzium tumbuhan hidup yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan hidup yang ditanam bagi tujuan dan kepentingan penyelidikan. Sesebuah taman boleh dianggap sebagai taman botani sekiranya taman itu mampu membantu serta mengendalikan pelbagai kajian serta penerbitan penyelidikan di bidang sains tumbuhan. Di situ, tumbuh-tumbuhan dilabelkan dengan maklumat penting di mana maklumat ini boleh digunakan oleh generasi akan datang bagi tujuan pendidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan.

Taman botani terbesar di Malaysia dengan keluasan 92 hektar. Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian,iaitu tanaman bunga, taman dan juga pusat kajian.Tanaman ini mempunyai lebih dari 700 spesis tanaman berbunga. Ia termasuk tumbuhan tempatan dan tanaman dari rantau Asia-Pasifik dan Afrika. Kawasan ini juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan, selain mempunyai koleksi yang pelbagai. Kanak-kanak pasti menyukai koleksi tanaman eksotik yang terdapat di sini dan para pendidik akan dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan di pusat kajian sini.
Kajian itu dijalankan pada musim sejuk. Dalam kajian itu, seekor rusa yang lapar tidak keluar makan meskipun makanan disediakan berhampiran kandang. Penyelidik yang menjalankan kajian itu merumuskan habitat adalah tempat yang paling penting bagi haiwan. Habitat haiwan biasanya dikaitkan dengan kawasan hutan dan laut. Oleh itu, apabila kawasan tersebut dirosak dan dicemari,habitat haiwan akan musnah. Lama-kelamaan, haiwan akan mengalami mati atau pupus. Kemusnahan habitat akan menghalang pembiakan dan tumbesaran haiwan. Dengan penambahan populasi dunia, lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar dan akuatik. Tetapi, pada masa yang sama kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies hidupan yang ada.








Pengenalan
Sungai adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber bekalan air untuk domestik selain membekalkan sumber protein kepada manusia. Dengan berkembangnya bandar dan kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti sungai mula mengalami kemerosotan. Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Punca pencemaran dan kerosakan air boleh disimpulkan kepada faktor budaya campak buang yang berkait rapat dengan sikap masyarakat umum sama ada pengilang, penternak dan penduduk setempat yang tidak menghargai sungai sebagai sumber. Penyerahan tanggungjawab penjagaan sungai kepada kerajaan juga menerangkan betapa rendahnya tahap penglibatan masyarakat dalam usaha pemeliharaan sungai. Sikap dan paradigama masyarakat harus diubah terlebih dahulu, dengan ini barulah segala langkah saintifik dan pengurusan kawalan terhadap pencemaran sungai memberi makna dan berjaya dilaksanakan kerana sebahagian besar masyarakat telah memahami dan berupaya menilai kualiti sungai. Sebenarnya pencemaran air boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke dalam air, sungai, laut dan sebagainya menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran air adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung dari segi kandungan, keadaan dan warna air sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila menggunakannya. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana tempat yang berair. Oleh itu, pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.
Punca Pencemaran
Pembuangan Sisa Toksik dan Sisa Pepejal
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang seumpamanya, berusaha menjimatkan kos pelupusan dengan mengambil jalan mudah, iaitu membuang sisa kilang yang bertoksik tanpa dirawat ke dalam sungai dengan sewenang-wenangnya walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.

Selain itu, tumpahan minyak dari tangki kapal dan pelantar minyak juga mencemarkan air.
Penduduk yang tidak bertimbang rasa dan malas juga membuang sisa pepejal seperti sisa makanan, perabot dan barangan elekronik ke dalam sungai. Hal ini akan menyebabkan sungai tercemar dan diracuni. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai juga akan mengalakkan pertumbuhan bakteria.
Pertanian, Perlombongan dan Penternakan

Aktiviti pertanian, perlombongan dan penternakan juga merupakan antara punca utama pencemaran air. Aktiviti pertanian yang menggunakan baja kimia, racun rumpai dan racun serangga sudah pasti akan mencemarkan air terutamanya jika dijalankan di kawasan tanah tinggi. Hal ini kerana bahan kimia yang disembur pada tanaman akan mengikuti air hujan mengalir dari kawasan pertanian ke hilir sungai apabila hujan lebat berlaku.
Selain itu, aktiviti perlombongan yang berleluasa juga mencemarkan air. Hal ini kerana air dari kawasan perlombongan mengandungi kandungan zarah terampai dan bahan logam yang ada kiatan dengan mineral yang dilombong yang membahayakan kesihatan pengguna. Apabila hujan lebat turun, zarah-zarah ini tentu akan disalirkan ke dalam sungai.
Pembentungan najis binatang yang tidak terurus daripada aktiviti penternakan bukan sahaja akan mencemarkan air malah akan menyebabkan pencemaran bau. Hal ini kerana najis binatang mengandungi pelbagai bakteria, virus dan parasit seperti E.coli yang akan mencemarkan kualiti air.
Hakisan Tanah
Selain itu, penerokaan hutan untuk pembangunan bandar, pembinaan infrastruktur fizikal dan perindustrian yang tidak ada titik notahnya secara tidak langsung menyumbang kepada pencemaran air. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti tersebut akan menyebabkan tanah menjadi gondol. Oleh hal yang sedemikian, tanah tersebut akan terdedah kepada arus permukaan air yang deras apabila hujan lebat berlaku kerana tiada cengkaman akar-akar pokok.

Tanah yang mengalir ke sungai akan menyebabkan air sungai menjadi keruh kerana mengandungi sisa-sisa kekotoran seperti bahan terampai, tanah-tanih, dan sebagainya. Mendapan tanah di dasar sungai akan menyebabkan sungai menjadi cetek dan seterusnya akan menyumbang kepada kebanjiran. Hal yang sedemikian akan menyebabkan tempat yang rendah ditenggelami air. Akhir kata, penerokaan bukan sahaja akan memburukkan keindahan alam malah akan mengundang pelbagai malapetaka.
Kesan Pencemaran
Menjejaskan Kesihatan Manusia dan Haiwan
Semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung dan nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT yang merupakan sejenis racun serangga adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom manusia. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya.
Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu. Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit akibat daripada keracunan yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.
Pembunuh Hidupan Akuatik
Alam sekitar rosak dengan teruk terutama di tempat yang mengalami pencemaran air. Pencemaran air memberi kesan kepada sistem eko laut, sungai, muara, tasik dan air dari tanah. Pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat. Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air.
Tumpahan minyak boleh membunuh ikan, mikroorganisma, tumbuhan laut dan hidupan air yang lain. Minyak yang terdampar ke dasar laut pula akan merosakkan terumbu karang serta segala hidupan yang bergantung kepada terumbu karang untuk hidup dan untuk mendapatkan makanan. Maksudnya rangkaian sistem pemakanan boleh terjejas akibat tumpahan minyak. Tumpahan minyak yang terkena kawasan batu-batuan di laut pula boleh merosakkan lumut yang hidup di atas batu dan merosakkan lagi sistem ekologi. Biasanya pihak berkuasa akan melarang sebarang tangkapan ikan di kawasan tercemar kerana kemungkinan besar ikan tersebut juga bertoksik. Selain dari ikan, hidupan marin yang lain seperti udang, sotong, kerang dan ketam akan turut terjejas.
Merosakkan Keindahan Alam Sekitar
Pencemaran minyak memberi kesan kepada nilai keindahan alam dengan beberapa cara. Minyak yang kelihatan di pantai dan laut akan mewujudkan bau yang tidak selesa kepada penduduk yang tinggal di kawasan sekitar.
Sampah-sarap yang terapung-apung serta bertimbunan di pantai memang menjengkelkan. Pantai yang cantik dan air yang jernih yang menjadi tumpuan pelancongan, kini dicemari. Hal ini akan memberi kesan kepada industri pelancongan. Aktiviti ekonomi di kawasan pelancongan seperti Pulau Langkawi memang diketahui suatu aktiviti yang utama. Pencemaran marin boleh menjejaskan kedatangan pelancong. Apabila pelancong kurang datang, sektor perhotelan, pengangkutan, restoran, pemandu pelancong dan peruncitan akan terjejas. Selain itu, kawasan terumbu karangan seperti di Pulau Payar boleh terjejas teruk dengan pencemaran minyak. Apabila ini berlaku hidupan ikan yang mencari makanan di kawasan batu karang tersebut juga akan terjejas. Kajian-kajian penilaian nilai alam sekitar seperti Contingent Valuation Model (CVM) dan Travel Cost Method (TCM) boleh dilakukan untuk melihat kesan pencemaran sebelum dan selepas berlakunya pencemaran.
Langkah Mengatasi
Rawatan Air Kumbahan
Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pepejal diasingkan dan kemudian ditukar daripada bahan pepejal kepada bahan mineral. Cara biasa untuk merawat air biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu Rawatan Primary, Rawatan Secondary dan Rawatan Tertiary.
Tiga cara untuk mengawal air kumbahan industri ialah dengan mengawal selia puncanya di sesebuah kilang berkenaan, membuang air kumbahan dengan menggunakan cara rawatan berbeza atau air kumbahan boleh dirawat secara penuh di kilang sama ada ia kemudian diguna semula atau dibuang terus. Tujuan rawatan biasa untuk air kumbahan ialah bagi mengurangkan bahaya dan risiko bagi penggunaan manusia, selain menghilangkan terus, mengurang atau meminimumkan kesan air kumbahan supaya ia boleh digunakan sebagai air berkualiti kepada alam sekitar.
Kempen Alam Sekitar
Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar, cara-cara mengitar semula dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar.
Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula dan mengguna semula bagi mengelakkan pembaziran. Kempen pameran yang berkaitan dengan segala isu pencemaran air juga boleh dilakukan. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.
Bahan-bahan menarik seperti carta, poster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan presentasi slide yang berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.
Pendidikan Alam Sekitar
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu adalah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Hal ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula boleh disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.
Disediakan oleh,
EVELYN TAN
(206030)

Pertanian
Punca Pencemaran