PENCEMARAN BUNYI
Sunday, July 25, 2010
Pada masa dahulu,pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang paling kurang diberi perhatian oleh semua pihak berbanding dengan pencemaran air dan udara. Tetapi semenjak kebelakangan ini, ramai pihak telah membuka mata tentang seriusnya pencemaran bunyi yang semakin banyak berlaku terutamanya di jalan-jalan raya akibat daripada pembinaan jalan. Peningkatan masalah pencemaran bunyi berkaitan dengan majunya teknologi masa kini dan berkembangnya ekonomi negara.
Pencemaran bunyi boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu kebisingan selanjar, kebisingan fluktasi, hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli.
Kebisingan selanjar merupakan kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.
Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3dB sahaja. Contohnya bunyi enjin kenderaan dan orang sedang bercakap. Manakala,
hentakan impuls didefinasikan sebagai bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contohnya tembakan, ketukan.
Kebisingan selang-seli merupakan bunyi bising yang menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contohnya ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.
Timbulnya pencemaran bunyi ini kebanyakkannya adalah disebabkan meningkatnya penggunaan kenderaan di jalan raya yang membawa kepada kesesakkan lalu lintas. Bunyi hon kereta dan enjin kenderaan berat serta berenjin diesel, inilah yang membawa kepada pencemaran bunyi. Begitu juga dengan kenderaan awam seperti teksi dan bas yang tidak mempunyai alat penyerap bunyi yang berfungsi dengan baik yang hanya memburukkan lagi masalah ini. Pemilik kenderaan yang tidak bertanggungjawab seperti yang gemar mengubahsuai ekzos kenderaan mereka hanya kerana ingin menghasilkan bunyi yang lebih kuat, secara langsung mengganggu kehidupan orang di sekeliling dan akan mendatangkan kemarahan. Akhirnya berlakulah pergaduhan sesama sendiri.
Antara puncanya yang lain adalah akibat daripada kerja-kerja di tapak pembinaan
dan proses pe ngeluaran kilang. Bunyi-bunyi yang dihasilkan daripada jentera dan mesin yang besar seperti mesin gerudi menghasilkan bunyi yang nyaring dan kuat serta bising. Mesin yang digunakan dalam sesebuah kilang itu adalah berkuasa tinggi dicampurkan lagi dengan bunyi jentera pendingin yang membawa kepada masalah pencemaran bunyi.
Peralatan untuk berhibur yang semakin berkembang berikutan perkembangan teknologi hiburan juga merupakan penyebab pencemaran bunyi. Peralatan hi-fi yang menghasilkan bunyi di tahap yang tinggi serta penggunaan peralatan yang canggih di pusat hiburan meningkatkan lagi pencemaran bunyi. Pusat hiburan lazimnya mengeluarkan bunyi yang melebihi daripada had yang ditetapkan untuk penden
garan manusia iaitu 80 desibel. Sifat mementingkan diri bagi sesetengah pihak yang suka membunyikan peralatan hi-fi mereka di tahap yang tinggi telah mengganggu ketenteraman sesetengah pihak yang tinggal berhampiran dengan mereka.
Kesan daripada pencemaran bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan secara physiological dan psychological health. Pencemaran bunyi mampu menyebabkan rimas dan agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain.Lebih lanjut lagi, tekanan dan hipertansi adalah punca utama masalah kesihatan,di mana telinga berdengung tinitus boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan kadang-kala serangan panik.
Tahap bunyi bising yang tinggi mampu membawa kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap serdahana tinggi dalam sesi tempoh lapan jam tunggal mampu menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah dari lima hingga sepuluh poin dan peningkatan tekanan perasaan dan "vasoconstriction" mendorong kepada peningkatan tekanan darah dan peningkatan kejadian penyakit arteri koronari.
Bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan. Kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat.
Kesimpulannya, pencemaran bunyi ini boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Seterusnya, ia nya boleh menjejaskan kelancaran aktiviti seharian seseorang. Oleh itu, pihak berkenaan haruslah memastikan masyarakat yang dinamik dapat diwujudkan.
Disediakan oleh,Cheok Sze Khay(206089)
PEMANASAN GLOBAL
Saturday, July 24, 2010
Setelah melihat pelbagai jenis kerosakan alam sekitar yang telah terjadi di bumi kita ini, sudah tentu anda tahu kesan yang paling besar yang telah menjadi isu alam sekitar sekarang iaitu pemanasan global. Adakah anda masih belum menyedari perubahan iklim atau suhu yang sedang berlaku pada keliling anda? Sedarkah anda bahawa kepanasan yang anda dapat rasai ketika cuaca panas pada masa kini adalah lebih panas berbanding dengan ketika anda masih kecil? Itu telah menunjukkan suhu bumi telah meningkat! Tetapi, tahukah anda bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Hasil kajian daripada pakar-pakar telah membuktikan bahawa suhu bumi yang semakin meningkat ini berpunca daripada pelepasan gas-gas rumah hijau(Greenhouse Gases/GHGs) daripada aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri. GHGs yang merupakan penyumbang utama bagi pemanasan global adalah karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan fluorin.
Gas yang pertama iaitu Karbon Dioksida (CO2) dilepaskan melalui pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal, pokok-pokok dan tindakbalas kimia seperti daripada industri pembuatan simen.
Gas yang kedua iaitu Metana(CH4) pula dilepaskan semasa pengeluaran dan pengangkutan arang, gas asli dan minyak mentah. Metana juga dilepaskan daripada aktiviti penternakan dan pertanian serta pereputan sisa organik di tapak pelupusan sisa pepejal.
Gas yang ketiga, Nitrus Oksida(NO2) juga dibebaskan semasa aktiviti pertanian dan perindustrian serta semasa pembakaran bahan api dan sisa pepejal.
Gas yang terakhir iaitu Gas Fluorin seperti Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon dan sulfur heksaflourida merupakan GHGs sintetik yang kuat kerana walaupun gas-gas fluorin ini dibebaskan pada kuantiti yang kecil, kesannya adalah amat kuat sehingga gas-gas ini dikenali sebagai gas berpotensi tinggi untuk menyebabkan pemanasan global. Gas-gas ini dijadikan pengganti bahan penipisan ozon seperti CFCs, HCFCs dan halon.
Seperti yang anda lihat, gas-gas yang telah membawa kepada pemanasan global ini telah datang daripada manusia dan juga secara semulajadi. Sekiranya kejadian yang semulajadi itu tidak dapat dielakkan, kita seharusnya bertindak mengurangkan aktiviti-aktiviti manusia tersebut. Jika perkara ini diteruskan, terdapat pelbagai kesan-kesan yang bakal berlaku kepada dunia ini dan apabila sudah terlambat, kita tidak mampu lagi mengelakkan diri daripada kesan tersebut. Walaubagaimanapun, kesan pemanasan global pada masa kini sudah dianggap teruk tetapi masih ramai lagi yang tidak memandang berat tentang isu ini. Kesan-kesan ketara yang membuktikan betapa seriusnya pemanasan global ini adalah:
1. Kecairan pada Kutub Utara dan SelatanKejadian ini sudah menjadi percakapan orang ramai kerana sudah dianggap kejadian serius kerana kita bakal melihat seluruh ais di atas bumi ini semakin mencair. Ais di Greenland telah cair sehingga mencapai 19 juta tan. Manakala ais di Artik pada musim panas 2007 telah mencair sehingga tinggal setengah dari yang ada pada 4 tahun sebelumnya. Hal ini telah dianggap serius kerana kejadian ini adalah jauh berbeza daripada ramalan awal yang telah dibuat pengkaji-pengkaji dahulu. Sebelum ini, peramal telah mengjangkakan bahawa seluruh ais di kutub akan lenyap pada tahun 2040 sehingga tahun 2100 tetapi setelah melihat data tahunan sehingga tahun 2007, peramal terpaksa membuat ramalan yang baru berdasarkan fakta tersebut.
Pada awal 2008, sebuah bongkahan ais seluas 414 kilometer persegi di Antartika telah runtuh.
Ketua pengkaji NSIDC Ted Scambos mengatakan bahawa perkara ini berlaku akibat daripada pemanasan global. Menurut Scambos, bongkahan ais tersebut amat sukar untuk diruntuhkan namun setelah perpecahan itu telah berlaku, sisa bongkahan yang tertinggal adalah sebanyak 12.950 kilometer persegi, ditambah 5.6 kilometer kepingan ais yang berdekatan. Beliau menambahkan lagi, "Sedikit lagi, bongkahan ais yang terakhir ini akan tercair habis dan separuh daripada jumlah kawasan ais tersebut akan lenyap dalam beberapa tahun yang akan datang".
2. Peningkatan Aras LautKecairan ais pada kutub utara dan kutub selatan secara langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan aras laut.
Aras laut di seluruh dunia telah meningkat sebanyak 10-25 cm(4-10 inci) selama abad ke-20 dan para pengkaji IPCC menjangkakan bahawa akan berlaku peningkatan lagi sebanyak 9-88 cm(4-35 inci) pada abad ke-21. Sekiranya perkara in berterusan, sebanyak 100 cm(40 inci) mampu menenggelamkan 6% daripada daerah Belanda, 17.5% daerah Bangladesh dan banyak lagi pulau-pulau. Ditambahkan lagi, apabila aras laut mencapai muara sungai, banjir akibat daripada air pasang akan mudah berlaku. Perbelanjaan kerajaan bagi setiap negara akan meningkat kerana perlu dihabiskan bagi melindungi pantai-pantai pada negara masing-masing.
3. Suhu Global Meningkat Secara MendadakPada tahun 2007, rekod baru telah dipecah bagi suhu yang telah dicapai akibat daripada gelombang panas yang biasa melanda Amerika Syarikat. Daerah St. George, Utah telah memegang rekod tertinggi dengan suhu tertinggi iaitu sebanyak 48 darjah Selsius. Las Vegas dan Nevada juga telah mencapai 47 darjah Selsius, serta beberapa kota lain di Amerika Serikat yang juga tidak terlepas daripada bahang panas setinggi 40 darjah Selsius. Daerah Death Valley di California juga tidak terkecuali dengan mencatat suhu sebanyak 53 darjah Selsius. Peningkatan suhu pada ketika itu telah menyebabkan kematian manusia akibat kepanasan, kematian ratusan ikan air tawar, kerosakan hasil pertanian, peningkatan kebakaran hutan yang melampau serta kematian haiwan-haiwan ternakan.
Pada tahun 2003 juga pernah berlaku satu serangan gelombang panas pada daerah Eropah Selatan yang telah mengakibatkan lebih kurang 35,000 orang meninggal dunia dan kematian tertinggi adalah dari Perancis iaitu sebanyak 14, 802 orang. Hal ini berlaku akibat daripada ketidaksedaran masyarakat serta pemimpin pada ketika itu terhadap peningkatan suhu yang sedang berlaku.
Walaubagaimanapun, masih terdapat negara-negara yang bernasib baik kerana tidak mengalami kesan yang teruk akibat daripada peningkatan suhu ini. Namun begitu, ramai yang telah menyedari bahawa suhu di bumi ini semakin meningkat dengan melampau sehingga tidak ramai yang berani mendedahkan diri pada matahari seperti dahulu. Hal ini adalah disebabkan pendedahan kepada matahari pada masa kini boleh membawa kepada penyakit-penyakit yang merbahaya seperti kanser kulit serta strok panas yang boleh membawa kepada kematian.
4. Gangguan EkologisHaiwan dan tumbuhan telah pun menjadi "mangsa" kepada masalah pemanasan global ini yang asalnya datang daripada ketamakan manusia. Akibat daripada cuaca panas yang melampau, banyak haiwan yang akan mula berpindah ke habitat yang mempunyai suhu yang lebih sesuai dan tumbuhan juga akan mengubah arah pertumbuhan atau akan mati kelayuan. Namun begitu, akibat daripada kemajuan dunia ini, populasi manusia yang semakin bertambah menghalang perpindahan haiwan-haiwan ini dan sejurus hanya membawa kepada kepupusan.
Satu kejadian di Australia telah membuktikan haiwan turut mengalami kesan pemanasan global. Terdapat beberapa koala yang mula meminta air daripada manusia akibat daripada cuaca yang terlalu panas.
Dapatkah anda melihat kesannya sekarang? Manusia perlu sedar dan mengambil berat tentang isu ini sekarang atau kita akan mula melihat seluruh hidupan di dunia ini bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan air dan semestinya manusia itu sendiri tidak terkecuali.
"Bertindak sebelum terlambat". Terdapat banyak lagi kesan-kesan pemasan global namun perkara yang lebih penting adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh manusia di bumi ini bagi menghalang masalah ini daripada menjadi lebih teruk.
Pengurangan penggunaan gas rumah hijau merupakan satu langkah besar tetapi hanya memerlukan usaha yang mudah dan kecil sahaja untuk dijayakan. Langkah-langkah yang seharusnya dilakukan bagi menghadapi pemanasan global ini ialah:
1. Penjimatan Energi/Kuasa elektrikPengguna boleh mengurangkan penggunaan elektrik yang berlebihan ketika tidak memerlukannya dan malahan boleh menggalakkan penggunaan barang elektrik yang tidak memerlukan kuasa elektrik yang tinggi.
Terdapat satu kempen global yang telah diusahakan oleh
World Wide Fund(WWF) yang merupakan salah satu contoh terbaik untuk menjimatkan elektrik. Kempen ini yang mula-mulanya dijalankan di Sydney, Australia pada tahun 2007 mendapat sambutan baik oleh penduduk dan kini diamalkan oleh beberapa negara lain termasuk Malaysia. Kempen yang dinamakan "Earth Hour" ini dijalankan setiap tahun dengan hanya meminta semua pengguna tidak kira di rumah atau pejabat, menutup lampu serta menghentikan penggunaan kuasa elektrik selama 1 jam. Salah satu tujuan utama kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang perubahan yang sedang berlaku di bumi ini.
2. Penjimatan AirSalah satu langkah mudah untuk menjimat air yang terlibat dalam kehidupan seharian kita ialah mematikan air ketika menggosok gigi. Selain itu, bekas air cucian atau air hujan pula boleh digunakan untuk mengganti air biasa bagi menyiram tanaman. Sekiranya terdapat sebarang kebocoran paip, pembaikan harus dilakukan segera bagi mengelakkan daripada pembaziran air. Sebenarnya penjimatan air sepatutnya sudah menjadi perkara yang umum bagi semua orang sebelum berlakunya lagi pemanasan global namun manusia kini mula mengambil ringan tentang kekurangan sumber air yang semakin meningkat di dunia ini. Kemungkinan penggunaan air yang berlebihan pada masa kini akan menyebabkan kekurangan air pada masa akan datang dan pada ketika itu, anak-anak kita pada masa hadapanlah yang akan menjadi mangsa.
3. Mengurangkan penggunaan CFC
Gas CFC merupakan salah satu penyumbang utama kepada gas-gas rumah hijau yang akan menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon bumi dan secara langsung membawa kepada pemanasan global. Gas CFC dilepaskan daripada sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin serta penyembur serangga yang sering digunakan manusia pada masa kini. Pada zaman moden ini, penggunaan barang-barang ini sudah boleh dikurangkan dengan memindahkan penggunaannya kepada barang-barang yang lebih mesra alam
(eco-friendly). Teknologi yang maju akan dapat membantu manusia menggunakan barang yang memberi faedah kepada mereka serta dapat melindungi alam sekitar.
4. Mengurangkan pengumpulan sampah di duniaPrinsip 3 R iaitu
(Reduce, Reuse, Recycle) sudah pun dijadikan amalan bagi sesetengah penduduk di dunia ini. Namun begitu, masih ramai yang tidak sedar kepentingan prinsip ini. Penggunaan barang lama dan pengamalan kitar semula dapat mengurangkan pembaziran sumber-sumber penting di bumi ini seperti pokok yang merupakan salah satu sumber alam yang terpenting di dunia. Selain itu, satu kempen yang sudah mula diamalkan sekarang iaitu mengurangkan penggunaan beg plastik memberi sumbangan yang besar bagi mengurangkan jumlah sampah yang banyak di dunia ini. Hal ini kerana plastik merupakan salah satu sampah yang paling sukar dimusnahkan sehingga menyebabkan timbunan sampah bertambah setiap tahun. Oleh itu, jadilah salah seorang pengguna yang berhemat dengan membawa beg plastik sendiri ketika membeli barang-barang harian.
Terdapat banyak lagi langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kita semua bagi melindungi dunia kita ini. Malahan, seorang manusia mampu memberi pelbagai sumbangan dengan melakukan perkara-perkara yang kecil sahaja. Sekrianya semua dapat bergabung menggalakkan diri untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengguna bumi ini, tidak mustahil isu pemanasan global ini dapat diakhirkan.
Kesimpulannya, masih belum terlambat untuk kita semua sama-sama menghadapi masalah ini dan menghalang masalah ini daripada menjadi lebih buruk serta mencari jalan penyelesaian baru kerana setiap seorang daripada kita merupakan pengguna bumi ini dan sepatutnya kita jugalah yang menjaganya bersama.
Disediakan oleh,Wee Vian Sherlene(205858)
KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA
Pada masa kini, flora dan fauna sering menjadi korbanan manusia atas nama pembangunan.Pelbagai khazanah bumi terpaksa dikorbankan untuk memenuhi nafsu manusia kini. Kealpaan manusia telah menjerut leher sendiri di mana angka flora dan fauna yang pupus semakin meningkat.
Punca-punca kepupusan flora dan faun
Pembalakan haram Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora me
nyatakan antara 1986 hingga jun 1990, 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.Pembalakan sering berlaku di kawasan perlindungan seperti di kawasan
hutan simpan dan Taman Negara.Spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal telah menjadi "mangsa" dalam kegiatan ini.Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia akan memusnahkan spesis tumbuhan yang lain.Pokok-pokok balak tumbang menghempas tumbuhan-tumbuhan kecil yang berada di bawahnya.Keadaan ini boleh menyebabkan tumbuhan renek ini mengalami kepupusan.Apabila hutan yang sedia ada dikorbankan, tiada lagi habitat untuk flora dan fauna.
Pembakaran hutan
Pembakaran hutan secara terbuka dan tidak terkawal juga merupakan faktor yang menyebabkan kepupusan flora dan fauna.Menurut satu laporan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada bulan Mac 2005 yang lalu, kebakaran hutan di Berjuntai Bestari, Batang Berjuntai hampir meragut sejumlah besar hutan di kawasan tersebut.Apabila kebakaran hutan terjadi, fauna akan kehilangan tempat tinggal dan flora akan turut terbakar sama. Pembakaran yang tidak dikawaldengan baik boleh menyebabkan api mereb
ak dan meningkatkan kepupusan flora dan fauna.
Pembukaan tanah baru Permintaan manusia terhadap tempat tinggal adalah tinggi.Oleh itu untuk memenuhi permintaan ini, banyak kawasan baru perlu diterokai untuk membina penempatan baru.Kawasan yang dahulunya hutan belantara telah dijadikan kawasan perumahan oleh pemaju-pemaju.Pembukaan tanah baru juga dijadikan kawasan pertanian dan perindustrian.Oleh itu, habitat flora dan fauna digantikan dengan besi konkrit, menara dan sebagainya.
Peningkatan Suhu Dunia Faktor perubahan iklim bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.Fenomena Elnino menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak.Sesetengah spesis haiwan dan tumbuhan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.Kesan-kesan akibat kepupusan flora dan fauna.
Rantaian makanan terjejas
Seperti yang kita ketahui,tumbuh-tumbuhan merupakan sumber makanan bagi kebanyakan haiwan di dunia ini. Apabila tumbuh-tumbuhan dan haiwan mengalami kepupusan yang serius, ini secara tidak langsung akan menjejaskan kitaran rantaian makanan.Contohnya,padi merupakan makanan bagi tikus seterusnya tikus pula merupakan makanan bagi ular dan akhirnya ular pula akan dimakan oleh helang. Kitaran makanan ini dikatakan seimbang namun jika berlakunya kepupusan tumbuhan seperti padi ini, hal ini akan menyebabkan tikus kehilangan makanan dan secara tidak langsung keadaan ini menyebabkan haiwan-haiwan yang memburu tikus sebagai makanan turut mengalami kepupusan kerana kehilangan sumber makanan. Jika keadaan ini terus berlaku tanpa dikawal maka lebih banyaklah haiwan yang akan mengalami kepupusan.
Hakisan tanah dan tanah runtuh
Selain itu,aktiviti manusia seperti pembalakan tidak terkawal dan pembukaan tanah baru mampu mendorong kepada kesan yang kedua iaitu hakisan tanah dan tanah runtuh.Hal ini berlaku disebabkan akar-akar pokk yang sepatutnya mencengkam tanah itu daripada runtuh telah tiada. Apabila tiada lagi sokongan pada tanah, tanah tidak mampu lagi untuk menampung segala benda di atasnya. Hasilnya, hakisan tanah atau tanah runtuh berlaku.
Kecacatan pemandangan alam Apabila flora dan fauna yang menyerikan alam sekitar mengalami kepupusan, yang terbentang di depan mata kita hanyalah kawasan gersang dan gondol seperti gurun.Alam sekitar yang kaya dengan pelbagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan serta hutan hujan tropika bertukar menjadi padang jarak padang terkukur. Sudah tentu keadaan ini mencacatkan pemandangan alam semulajadi.
Contoh-contoh flora dan fauna yang berada di ambang kepupusan Rafflesia atau bunga pakma yang masyhur sebagai bunga terbesar di dunia merupakan tumbuhan yang jarang ditemui serta unik di dalam hutan hujan tropika dan tergolong dalam famili Rafflesiaceae. Penggunaan Rafflesia sebagai sumber ubatan tradisional merupakan antara faktor penyebab utama spesies ini diancam kepupusan selain daripada kemusnahan hutan akibat pembalakan haram.
Magnolia merupakan salah satu bunga yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Kini, sebanyak dua pertiga spesis magnolia telah dijumpai di Asia dan sebanyak 40% tumbuh di Selatan China. Spesis yang selebihnya dapat dijumpai di Amerika. Mengikut kajian terbaru, kira-kira separuh daripada spesis magnolia di China kini hampir mengalami kepupusan. Menurut kajian daripada Botanic Gardens Conservation International (BGCI) dan Fauna and Flora International (FFI), dari seluruh dunia sebanyak 131 daripada 245 spesis pokok magnolia berada dalam ambang kepupusan. Hal ini berlaku disebabkan aktiviti manusia seperti pembalakan haram telah memusnahkan habitat magnolia yang sedia ada.
Batu karang adalah sejenis organisma laut yang mudah dijumpai di pulau-pulau Malaysia.Pemanasan global yang berpunca daripada aktiviti manusia yang tidak terkawal juga boleh membawa kepupusan batu karang.fenomena ini dikenali sebagai pemutihan batu karang dan boleh dilihat di Port Dickson dan pulau seperti Pangkor, Redang, Tenggol, Langkawi, Payar, Tioman, Sibu dan Perhentian.
Burung Botak Upeh mempunyai taburan yang agak luas tetapi berkelompok. Spesies ini boleh didapati di kawasan Asia Tenggara dari Kemboja, Vietnam, Thailand, Semenanjung Malaysia dan Indonesia.Nama saintifiknya,Mycteria cinerea. Penurunan populasi Botak Upeh di Semenanjung Malaysia disebabkan oleh gangguan manusia ke atas habitat burung ini seperti penerokaan dan kemusnahan hutan paya bakau, penternakan ikan dan pencemaran racun perosak.
Dugong merupakan haiwan mamalia laut yang sangat jarang dapat di temukan lagi pada habitat aslinya khususnya di sekitar perairan. Penyebaran dugong di perairan dunia di catat pada longitude 30 ° E sampai 170 ° E dan antara latitude 30 ° N sampai 30 ° S. Kawasan ini merangkumi Australia, Teluk Persian dan laut merah, pantai Afrika, Sri Lanka, Indonesia, Philipina, Malaysia, Thailand dan di sekitar kepulauan Pacific.Ia semakin pupus kerana diancam oleh manusia untuk mendapatkan daging,lemak,gading,dan kulit dugong untuk dijual.
Tenuk Malaysia(tapir) merupakan haiwan yang suka bersendirian dan mempertahankan kawasan daratan yang luas sebagai wilayahnya walaupun sebenarnya kawasan tersebut pernah dijajah oleh tenuk lain. Kebiasannya tenuk ini lebih suka tinggal berhampiran sungai dan sering membersihkan diri dan berenang serta mempunyai kemampuan untuk memanjat cerun yang curam. Tenuk ini hanya aktif pada waktu malam walaupun tidak tergolong dalam kumpulan haiwan nokturnal.Kepupusan akibat pemburuan manusia dan pembangunan.
Pada kesimpulannya, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum melakukan suatu perkara. Dalam hal membangunkan negara menerusi perindustrian, alam semula jadi tidak boleh dilupakan. Jika khazanah bumi ini tidak dijaga dengan sebaik-baiknya, tiada apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang.
Disediakan oleh,Thong Zi Wei(205862)Labels: http://1.bp.blogspot.com/_t6PuZOXgqLM/TGf0QC9TL1I/AAAAAAAAAWs/UUayeg-e9y4/s1600/Construction_2.jpg
ISU-ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
**keindahan alam semula jadi yang unik**
Dalam usaha untuk menyelesaikan projek-projek pembangunan dalam tempoh yang telah ditetapkan, banyak nilai-nilai kesedaran yang sepatutnya diamalkan oleh semua manusia terhadap alam semula jadi telah diabaikan begitu sahaja. Akhirnya berlakulah pelbagai jenis pencemaran alam di bumi kita. Salah satu pencemaran yang berlaku ialah pencemaran air. Pencemaran air berlaku sebab daripada sikap para penghuni bumi yang tidak bersikap prihatin terhadap alam. Contohnya kebanyakkan orang gemar membuang sampah ke dalam sungai, pihak-pihak perindustrian sering mengeluarkan toksid-toksid beracun atau sisa-sisa kimia ke dalam sungai tanpa menapisnya, dan sebagainya. Sikap manusia yang tidak peka terhadap alam sekitar telah menyebabkan bekalan air bersih semakin berkurangan dan kesihatan manusia semakin terjejas kerana penggunaan bekalan air yang tercemar dalam kehidupan harian seperti mandi minum,dan memasak. Keadaan ini juga menyebabkan hidupan akuatik mati keracunan. Seperti apa yang telah berlaku akhir-akhir ini pada 1 Ogos 2010 di Kota Bharu krisis bekalan air di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang berlarutan hampir setahun lalu, kini kritikal sehingga menjejaskan kelancaran operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan di hospital berkenaan. Apa yang paling membimbangkan semua pihak ialah kemungkinan berlakunya jangkitan di kalangan pesakit apabila banyak peralatan yang telah digunakan tidak dapat dibersihkan akibat ketiadaan air. Untuk mengelakkan masalah ini berterusan semua pihak termasuk pihak kerajaan dan penghuni-penghuni bumi perlulah sama-sama berkerjasama menjaga kebersihan sungai-sungai supaya bekalan air bersih dapatlah dibekalkan kepada semua penggunanya.
**pencemaran air**
Di samping itu, sekiranya pencemaran air tidak dapat dikawal, ini seterusnya akan menyebabkan berlakunya pecemaran laut. Antara sebab-sebab yang menyumbang kepada berlakunya keadaan ini ialah sungai-sungai yang tercemar yang mengalir ke laut bersama dengan bahan-bahan pencemar, bandar-bandar yang berhampiran pantai yang mengepam kumbahan terus ke dalam laut tanpa memikirkan kesan terhadap hidupan laut, pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa-sisa beracun seperti bahan kimia, asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas, serta tumpahan minyak yang merebak di lautan yang tidak dibersihkan dengan segera. Sebagai peringatan kepada semua, laut merupakan bahagia terbesar daripada bumi kita kerana ¾ daripada bumi merupakan air. Oleh itu jika pencemaran sama ada air atau laut tidak diatasi segera maka amat susahlah bagi kita atasinya sekiranya pencemaran tersebut menjadi semakin serius. Sebaliknya sekira adanya laut yang bersih, ini akan merupakan satu sumbangan kita terhadap pembangunan negara kerana laut yang bersih lagi menarik sesuai untuk dijadikan sebagai pusat-pusat pelancongan bagi menarik perhatian pelancong asing untuk melancong di Malaysia kerana bentuk bumi kita yang unik lagi kaya dengan sumber-sumber alam semula jadi yang tertunggal. Kita sepatutnya berasa bangga dan harus meneruskan usaha untuk menjaga alam semula jadi yang unik ini.
**suasana laut dan pantai yang bebas daripada pencemaran**
Pencemaran seterusnya ialah pencemaran tanah. Untuk menjadi sebuah negara yang mampu duduk sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain banyak kawasan talah diterokai bagi tujuan pembinaan. Tanpa disedari penebangan secara berterusan ini sedikit banyak telah menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan akhirnya menyebabkan sering berlakunya banjir di kawasan tanah rendah. Selain mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, peningkatan suhu bumi, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Ada juga terdapat penebangan hutan tanpa tujuan contohnya pada 1 Ogos 2010 di Kuala Lumpur walaupun satu demi satu hutan di negara ini terutama di ibu kota dikorbankan atas nama pembangunan, tidak terlepas kawasan bukit dan hutan berhadapan Balai Bomba Taman Melati. Tetapi di sini tiada sebarang papan tanda mengenai perjalanan projek didirikan, namun terdapat papan tanda merah dengan tulisan putih menyatakan kawasan itu adalah milik Sime Darby Property Berhad. Mengapa masalah sedemikian berlaku? Apakah yang akan terjadi sekiranya keadaan ini terus berlaku? Semua ini terpulanglah kepada kesedaran manusia tentang kepentingan alam terhadap semua makluk bumi.
**penerokaan hutan**
Pencemaran udara berlaku kerana terdapat bahan-bahan tercemar di udara. Antara bahan-bahan tercemar meliputi gas-gas toksid yang dikeluarkan dari industri-industri berat, gas karbon dioksida yang dikeluarkan akibat pembakaran secara terbuka, karbon monoksid yang dikeluarkan dari kenderaan-kenderaan dan lain-lain lagi. Pembangunan negara merupakan sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia, tetapi sekiranya tanpa pengurusan yang terancang pembangunan tersebut akan membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar. Tanpa disedari, setiap manusia didapati menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar. Contohnya perokok yang mengembuskan asap ke udara, pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara terbuka dan pengeluaran gas-gas beracun ke udara. Keadaan sedemikian telah nyata menunjukkan bahawa manusialah yang menyumbang kepada berlakunya pencemaran alam. Jika keadaan ini berterusan dan langkah-langkah untuk mencegahnya tidak dititikberatkan, maka terjejaslah kesihatan manusia dan juga mengakibatkan penipisan lapisan ozon akibat daripada tindakan manusia itu sendiri. Pada masa itu memang tidak sempatlah bagi mereka yang mula sedar bahawa kepentingan alam kepada semua makluk bumi.
**pengeluaran asap-asap toksid**
Sebagai kesimpulan, bumi merupakan satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lain hidup secara bebas. Oleh yang demikian, alam sekitar haruslah dijaga dan dipertahankan daripada diteroka secara tidak terancang dan dicemar kerana ia memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Alam sekitar yang bersih dan terlindung juga dapat mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di samping memberi keselesaan kepada manusia. Oleh itu, kesedaran dalam diri setiap penghuni bumi adalah sangat penting dalam memainkan peranan masing-masing dan saling berkerjasama untuk menyelamatkan alam sekeliling dan memuliharanya daripada pencemaran. Akhir sekali saya ingin menyeru kesedaran daripada semua penghuni-penghuni bumi sekalian marilah sama-samalah kita menyelamatkan bumi kita sebelum terlambat.
Disediakan oleh,Saw Bee Kiao(206077)
NEGARA-NEGARA TERBERSIH DI DUNIA
Friday, July 23, 2010
Dari bulan April, sebuah letusan gunung berapi yang terus membawa kerugian bagi industri penerbangan Eropah, tetapi juga Islandia,sebuah pulau kecil yang tidak disingkirkan tiba-tiba terkenal di dunia .Tetapi, walaupun mempunyai negara gunung berapi, panas bumi negara yang tinggi seperti Islandia, adalah negara terbersih di dunia. Majalah perniagaan terkenal "Forbes" baru-baru ini menerbitkan 163 buah negara di seluruh dunia pada penilaian persekitaran yang dilakukan oleh tahap kebersihan masing-masing, menurut penilaian yang terdapat pada itu, Islandia adalah negara paling bersih di dunia.
Sarjana Universiti Yale dan Universiti Columbia bertanggungjawab melengkapkan penilaian-penilaian tersebut.Mereka mengikut 25 kriteria yang berbeza untuk mengadar keadaan persekitaran negara- negara , standard-standard termasuk pencemaran udara, pembebasan, air minum yang bersih serta kesan pembangunan industri, pada status kesihatan penduduk dan sebagainya. Sistem penilaian adalah sistem peratusan.Islandia mendapati kedudukan pertama dalam senarai 163 buah negara, telah mencetak 93.5 markah dan Sierra Leone adalah terakhir, mencetak 32 markah; negara besar seperti Amerika Syarikat baru saja dalam standard kelulusan, mencetak 63,5 markah.
Mengapa Islandia mendapat nilai tertinggi? Para ahli menunjukkan bahawa Islandia tidak hanya mempunyai minum air bersih ,juga mempunyai bekalan yang cukup untuk semua penduduk. Selain itu, Islandia mempunyai sumber daya alam yang melimpah, seperti sejumlah besar non-pencemaran sumber panas bumi.
Banyak orang mungkin bertanya, gunung berapi yang bru wabak semula di Islandia akan mempengaruhi kedudukan negara tahun berikutnya ? Para ahli mengatakan bahawa bencana alam tidak termasuk dalam penilaian, oleh itu kedudukan tidak terjejas. Perancangan survey serta Profesor persekitaran University Yale, Profesor Ai Siti berkata , seperti dalam penilaian kualiti udara, mereka mengira bahawa pengambilan manusia pembebasan sulfur dioksida, bukanlah gunung berapi pembebasan sulfur dioksida.
Kriteria untuk grading persekitaran adalah berdasarkan kerajaan penunjuk-penunjuk pembangunan persekitaran dengan standard ujian mereka, kaedah dan perlaksanna darjah yang akan datang. Sebagai contoh, beberapa target kerajaan sangat tinggi, namun perlaksanaan darjah tidak cukup; kerajaan negara berjanji penduduk negara ini mendapat bekalan air minuman yang bersih, namun pada kenyataannya tidak mampu untuk melakukannya; juga kerajaan beberapa berjanji akan membawa penduduk yang jauh dari kawasan pencemaran industri .Namun, ada banyak kesulitan semasa pelaksanaan. Laporan persekitaran negara adalah bersih ada juga besar dengan hubungan antara penduduk, Negara yang yang berpenduduk tempatan banyak nampaknya tidak akan bersih berbanding dengan tempat yang berpenduduk kurang.
Para ahli mengatakan pernilaian kebersihan sesebuah negara mempunyai dua kes. Situasi di negara ini, keadaan alam yang baik dan penduduk, sumber daya dan lebih, bagaimana penghancuran kepelbagaian alam, seperti Cuba, Colombia dan Costa Rica, rendahnya tingkat pembangunan industri di negara-negara, dan kesan yang lebih rendah terhadap alam sekitar oleh industri . Dalam kes lain, meskipun jumlah penduduk yang besar, keadaan alam yang buruk, perkambangan industri yang pesat telah membawa banyak kerosakan kepada alam sekitar, tetapi kerajaan negara-negara ini telah menyedari bahawa isu-isu persekitaran sukar untuk memperbaiki, dan mereka juga mempunyai banyak dana dan kemampuan untuk perbaikan. Sebahagian besar negara Eropah sebelum ini dan mereka berusaha untuk menjaga persekitaran yang bersih pada masa yang sama untuk mengelakkan kepelbagaian kesan buruk tidak berkaitan dengan sabotaj industri.
Profesor Ai Siti menunjukkan bahawa Amerika Syarikat adalah Negara yang sedang meningkatkan kualiti persekitaran sendiri , oleh itu, markah penilaiannya tidak tinggi. Jika penilaian yang sama dijalankan pada 40 tahun yang lalu ,kedudukan Amerika Syarikat akan di belakang India, tetapi dalam penilaian ini India rating dalam kedudukan 123. Dia mengatakan Amerika Syarikat sekarang sangat memberi perhatian terhadap isu-isu alam sekitar, usaha ini tidak hanya untuk melindungi kualiti air bersih dan mencegah pencemaran udara, dan untuk menguatkan perlindungan hutan. Ai Siti berkata, beberapa Negara sudah membuat respons segera terhadap keputusan kedudukan sendiri, seperti Korea Selatan kedudukan 94, di Gabon dan Nicaragua, yang Korea Selatan sangat kecewa bahawa ini merupakan penghinaan kepada Korea Selatan, tidak memenuhi cita antarabangsa Korea Selatan, Duta besar Korea Selatan telah mengajukan surat protes kepada ahi Amerika Syarikat.
EPI SCORES (ENVIRONMENTAL PERFORMANCE INDEX 2010)
1 Iceland 93.5
2 Switzerland 89.1
Swtizerland adalah kelima besar KDNK per kapita, negara yang mendapati kedudukan kedua yang terbesih di dunia mengikuiti EPI. Switzerland telah menang di hampir lapan faktor, termasuk kesihatan masyarakat, high air, kesihatan hutan, pengurusan racun perosak, pencemaran udara,.Namun, penukaran bersih ke Switzerland hidup sampai 81 tahun dari harapan. Tetapi jenis gaya gunung Switzerland banyaknya jenis petani kecil di celah kecil di lereng.Setiap tanaman yang ditanam juga membuat skor di negara itu dalam amalan pertanian semakin berkurang menjadi hampir rata-rata.
3 Costa Rica 86.4
Ekonomi Costa Rica bergantung pada sihat eko-pelancongan, dan ekspresi dari perhatian terhadap persekitaran. Negara Amerika Syarikat Tengah ini pada negara-negara di EPI dibuang ke dunia ketiga, status ini harus dipertingkatkan kerana ia mampu memperjuang bebas dari emisi karbon dioksida pada tahun 2021. Costa Rica telah dielakkan membawa bencana bagi banyak negara Amerika Latin, degradasi hutan. Costa Rica mendapat markah yang tinggi dalam spesies di hutan, pencemaran udara dan perubahan iklim. Tapi perhatian negara ini kurang dalam lingkungan pesisir, pemeliharan laut adalah miskin.
4 Sweden 86.0
Skor Sweden boleh fokus pada kesan yang paling langsung pada bidang kesihatan manusia. Negeri ini kurang mempunyai pencemaran udara,mempunyai air minum yang bersih dan rendah emisi gas rumah kaca per kapita. 9.000.000 Sweden mencintai hutan mereka. Negara ini mendapat skor yang tinggi dalam pengurusan hutan. Tapi mereka tidak berhati-hati wilayah pesisir, dan pengurusan serantau di laut hanya mendapat 26 mata.
5 Norway 81.1
Negara-negara di Eropah melakukan pekerjaan yang baik dalam aspek pencemaran alam sekitar terhadap kesihatan manusia dan kesan dari keduanya. Norway, negara ketiga kaya di dunia ,dalam kualiti air , kemudahan kesihatan masyarakat, paras ozon dan zarah hawa-ditangguhkan mendapatkan nilai yang tertinggi.Ini bermaksud bahawa penyakit pernafasan Norway kurang terjadi. Hidroelektrik menyumbang daripada jumlah keseluruhan 98% kuasa Norway, tapi kemudahan minyak di pesisir menghasilkan jumlah yang besar gas rumah kaca.
6 Mauritius 80.6
Populasi relatif 1,3 juta miskin dan terkurung daratan negara yang terletak di Afrika sepanjang 1,200 batu di Lautan Hindi pantai timur, telah mendapat 80.6 mata dalam skor kesihatan persekitaran, dari skor rata-rata 44,5 untuk negara-negara Afrika Sub-Sahara muncul. Air minum bersih di Mauritius, kestabilan, kemudahan kesihatan masyarakat dan kebersihan udara yang boleh berbanding dengan negara-negara Scandinavia , ini juga bermakna bahawa persekitaran tidak akan menjadi sumber penyakit. Namun, Mauritius, rumah negara dodo yang telah punah, pembebasan gas rumah kaca negara per kapita yang tinggi.
Disediakan oleh,
Tan Rui Rui
(206008)
$BlogItemBody$>